Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa

First of all. selamat berpuasa pada semua umat islam. moga-moga tahun ni di lalui dengan mudah. insyaallah...

semua org pun tahu. bulan puasa. puasa, lapar, buffet, pasar ramadhan, makan, kenyang, terawih dan juga sahur. Kami sahur biasa-biasa je tp kami lebih kepada berbuka. pasar ramadhan di kampung baru, bukan di pintu gerbang.. yg nak aku citekan ni di jalan raja uda sejalan dgn se-alamat dgn aku. tade ape pun cuma paling hot dan tip top kat pasar tuh ialah murtabak saje. sebabnya pkl 4 saje dah ramai orang beratur. hot dan tip top la tuh kan... hehehhe...

gambar ni tade pape cuma imej baru saya




Thursday, August 13, 2009

moody

semenjak pulang dari kampung. perasaan aneh ini sentiasa mengikut aku. seumpama lagu iklan Digi.. ♫♪ i will follow u ♫♪... benci!

love yourself

:: cameron yg sejuk ::

oh! minggu lepas aku dan cousin2 aku merancang untuk ke cameron pada hujung minggu ni. seingat aku, aku blom pernah jejakkan kaki ke sana melainkan genting.. best ke cameron?



membayangkan musim-musim sejuk begini. bolehkah aku tahan..???

Wednesday, August 12, 2009

kampung o desa tercinta..

aku admit dgn kata orang tua-tua. hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri masih lagi best. haduh!! ber-peribahasa pulak aku semenjak dua menjak nih. ini semua gara-gara aku jadikan membaca sebagai hobi terbaru selain hobi rutin ku. makan! hehehe..

tahun lepas 8.8.08 - best friend aku. selamat di nikah! tahun ini 8.8.09 - cousin yg paling rapat dengan aku lak selamat jugak.. apakah pula akan berlaku pada 8.8.10? adakah aku? wahahahaha... sayangnya aku tidak berapa gemar nombor lapan. dan kisahnya...

hari jumaat lalu, aku dgn adik sama-sama berangkat pulang ke kampung meraikan perkahwinan cousin aku iaitu Johnny & Cherry. "excuse me.. this is thai wedding or farang?" - tanya salah seorang yg lalu depan umah majlis. maklum tak dpt kad so sibuk2 tanya manalah tahu di jemput masuk skali.. hahahaha...

** farang : mat saleh

to cherry - welcome to our family. actually kami ni related aje..



kesimpulan majlis ini. im happy. semua pun happy. masakan sedap! everything puas hati. tip top!! yg penting ayah asyik tersenyum orang dok puji anak & isteri cantik2.. ai pun malu gak mendengar.. tq tq.. hahahaha...

but.. selain happy ada juga yg surprise + unexpected + blur = pity me!! ;)
yes.. pity me!! dari demam terus aku sihat terkejut punya pasal (semalam masih risaukan H1N1.. ari ni risaukan benda lain pulak...) dan buat pertama kalinya aku buat mak & ayah tersenyum lebar tanpa sebarang masalah.. piece!! sila.. sila.. senyum. anakmu ini sudah besar rupanya!!

dan perkara wajib sebelum pulang ke KL. makan-makan dan snap-snap!!


Monday, August 3, 2009

kenduri aje..

Huargh!!! mengantuknye.. itulah perkara biasa di pagi isnin. macam x cukup2 je cuti2 2 hari. macam mane lah dgn org yg keje sabtu atau 6 hari seminggu? sedihkan?... hehehehe

kenduri doa selamat & aqiqah
dua-dua kenduri ini sengaja di adakan serentak. bukan nak jimat duit tapi jimat masa. sebab keluarga2 kami bukan di kalangan orang2 yg bekerja time opis hour. terpaksa memilih sehari untuk cuti panjang. kenduri doa selamat mmg nak buat hari 31 july. sebab genap setahun dah beroperasi kedai makan milik keluarga semenjak kejadian itu. kedai kan terbakar! dan cousin aku sekaligus mencadangkan di sekali kan aje majlis aqiqah anak dia. senang & mudah!

ayah & abg Cha' & the boys

'the boys and mother'

abang azmi - baru 2 tahun!!

adik danish - baru 2 bulan.. hehehe


sepul kahwin
pagi sabtu yg lepas keadaan KL mmg sibuk. sibuk dgn himpunan orang2 yg suka berkumpul agaknye. hehehehe.. tak layan politik.. hahaha.. jadi aku malas nak ke KL. terfikir aku ada jemputan kahwin. Sepul kahwin. aku pergila..

Selamat Pengantin Baru!!

bergambar la.. ape lagi..!!!

Friday, June 26, 2009

mereka gembira

ari ni ari jumaat. cepatnye masa berlalu. hari pun berlalu. posmen pun dah lalu. utang bayar duluu... tapi gaji masih di di tunggu. celaka. berbulu ai..

Sg Congkak dan Hujan
ari sabtu lalu. aku memindah + memunggah + meletak barang di umah. penat. lalu ari ahad mak bawak semua gi piknik. mandi sungai sambil makan. eh? hahaha.. tiba di sana, hujan turun dgn lebat. nak mandi, air sgt deras dan bahaya. ayam! apelagi, makan dan bergambar saje lah. Bila ujan dah redha. kami serang air sungai. seronok.

kanak-kanak mmg sentiasa gembira

Putrajaya dan mereka
ayah fetch me up at opis. bawak skali jalan2 putrajaya. almost 4 year aku keje d cyberjaya. gi alamanda toksah cite, byk kali. time sale! taman warisan. precint 1,2,3 dah tau. precint 11 pun dah lalu. hehehehe.. TAPI. kawasan utama tarikan pelancong-pelancong. aku tak pernah pergi. ini first time.

sosweett..

makan besar
waktu malam adalah waktu sesuai untuk membesarkan badan. semua berkumpul malam itu. makan besar. rasa mcm nak pecah je perut aku malam itu. ayam pangang. nasi goreng ketam. somtam dan banyak lagi. gambar makanan tidak di galakkan dlm be-log ini.

kanak-kanak itu nama "nen-nen" ;)

Wednesday, June 17, 2009

VAD '09

minggu-minggu ini adalah minggu yg sgt-sgt bz buat aku. Nak pindah, nak keje, nak enjoy, nak exam, nak cuti-cuti bla bla.. semuanya dlm bulan ini. bulan JUNE! fuh!! akhirnya aku tumpas dengan serangan selsema dan demam silih berganti. haduh... (jap. tadi ter-bersin. terasa gegaran kat vista ni... dolu-dolu kekasih lama aku pernah tegur.. aku bersin cam lelaki sebab selamba kuat tak cover nye.. hehehe.. itu semua kepuasan...)

VAD '09
(VAD tuh stand for Volunteer Appreciation Day...)
Dulu-dulu aku adalah seorg volunteer kat Petrosains. Dan setiap tahun pun wujudnye VAD untuk mengumpulkan kesemua warga-warga Petrosains dari staff kepada volunteer dan juga alumni volunteer. Maka kumpullah kami dgn pelbagai aktiviti, hiburan, makan-makan dan segalanya dlm pelbagai tema. Tema tahun ni adalah 80's. ;)

sila lihat gambar-gambar kami bersosial..


Night Museum 2
pada hari yg sama dengan VAD. Fa ckp "kalau balik skrg mesti jam gila kan?" lalu kami setuju menonton wayang pada sebelah malam. Kami beli 3 tiket wayang, 1 popcorn dan 2 cheezel. Sementara tuh kami jalan-jalan di KLCC. mengikut pengiraan wan. dah 6 bulan tak dtg KLCC. lama jugak tuh.. Kami singgah-singgah di fountain sambil bergambar. *wakakaka.. kami cuci mata di Top Shop Opst!! takleh shopping!! lantas kami ke tingkat 4 segera ke kinokuniya. membaca menambahkan ilmu. gooddddeeeee!!


good bye Vista. welcome back KL
bulan ni adalah bulan terakhhir aku kat Vista. Next month aku pindah balik ke KL. Aku pasti rindukan angin kencang yg selalu menganggu tidur malam aku. aku pasti rindukan dinding merah ruang tamu tempat aku baring-baring membesarkan badan (hah!! ini rupanye.. ceh!!) Aku pasti rindukan nasi goreng kampung dan kedai runcit kat bawah tuh.. dan tiada lagi lambaian ratu aku setiap pagi bila melintasi danial kepunyaan abah dan yg penting aku takyah naik lif lagi. no more tingkat 11.. no more jiran sunyi sepi misteri tu.. hehehehe...


haduh. penat. seleseme semakin teruk... bubyee

Friday, June 5, 2009

salah orang

hari ni ari jumaat. yeah!!! esok lusa cuti. housemate aku dah bercuti-cuti makan angin since last tuesday... best! mcm cuti sekolah pulak rasanye. Takpe, tunggu hujung bulan ni.. aku akan ke REDANG!!!! yeay!!!!! fit lagi ke bikini aku? mOOm..

oh! hari ni ari jumaat. lagi skali. ahahaha.. pagi-pagi aku dah buat kawan aku tersipu-sipu malu tapi mahu(kan..kan.. abah) sebab aku salah org. sebabnye dgn konfidennya aku ingat mamat tgh makan bersama wife itu adalah kawan aku. nasib baik tak tegur.. tapi itu bukan ceritanya, teringat time aku kecik2.. ikut mak aku ke pasar malam..

Pasar malam minggu mmg pack. penuh dan sesak. dan aku dgn mak terpisah! hadus! aku pun jalan pelan2 cari mak.. ala2 runaway gitu.. dan aku pun ternampak mak.. aku pun takut terlpas lalu aku pun tepuk belakang mak aku. kisahnye!!!

"erk.. mintak maaf.. lipas.. erk.. kat belakang baju makcik tadi ada lipas.."


haih!!! mak cik tuh dan aku muka sama2 merah. makcik tuh confirm terkejut. lipas kottt... nasib baik dia tak menjerit.. dan aku.. masih lagi cool sambil senyum... padahal dlm hati.. mak aih.. malu nye aku.. dan dan tuh la terjumpa mak. kenapa lipas je aku mampu fikir selain benda lain...??? rasa nak menangis terguling2 bila fikirkan.. haduhhh.. sengal aku nih.. Mak aku gelakkan aku je..

siap tanya.. "cantik ke makcik tuh?? sama cam mak ke??"

haduh.. no wonder perangai perasan waris dari mak rupenyaa... hahahahaha mak o mak..

happy mother's day!!


aku tau bukan aku sorang ada pengalaman macam ni kan... hehehhe

erm..
ermmmm...

shopping... aku ada beli kasut ari tuh.. hehehehe

vincci.. (abaikan kaki model) <-- perlu buat manicure nih!!! opst!!! kredit pada encik abah.. trimas for the photos.. selalu professional gitewww...