Wednesday, February 18, 2009

kekasih-kekasih

hari kekasih yg sibuk. sehari sebelum hari kekasih, aku pulang ke umah berjumpa dgn adik aku. sebelum itu, sempat aku singgah KLCC untuk cari hadiah untuk harijadi adik aku, azira. "selamat harijadi azira- 17thn dah" End up, kami decided nak bagi dia pilih sendiri apa dia nak. Dia sempat shopping lagi.. ;)

14th Feb 2009
esoknya, aku menemani housemate aku attend wedding kat melawati, anak kepada seorang pelukis, Yusof Gajah. Jaja nama dia. Jaja ni pelukis gak, trademark dia kucing.. dan wedding card dia juga ada lukisan 2 ekor kucing melambangkan kedua pengantin.. cumell..

selesai, aku ke bukit bintang. kiri kanan aku semua sepasang kekasih. baju sama, bunga ros, coklat.. aku senyum melihat mereka. baru kenal cinta. hehehehe.. "thanx for the luvly coklat & tot" dia ;)

15th Feb 2009
abit nak tgk wayang, upin&ipin. kebetulan wina dtg umah, aku ajak dia skali. Galaxie, tiket sold out, abit tak puas hati, dia ajak kitorg gi timesquare, mcm dia bayar je.. sold out jugak.. end up aku temankan wina shopping baju dan gi makan kat Papa John's

sedap jugak...

selepas itu, kami ke karaoke. sound sistem kat situ agak teruk skit.. tidak membantu dan buat aku hilang semangat mahu menyanyi. dan kalau org lain dgr mesti mahu menangis. hahaha.. biasanya org yg ckp suara org lain tak sedap tuh suara dia sendiri yg azab kan.... hahaha..

16th feb 2009
hari isnin yg slow, keje la ape lagi.. menghadap lagi mcm2 virus-virus ape ntah. no matter what.. lu pikir sendiri la beb.. korang kan hebat..hehehhe.. baik aku layan anime cumel nih

Ouran High School Host Club

dan aku dan housemate aku ke alamanda. aku sempat beli kasut. hehehe..

No comments: