Thursday, June 16, 2011

bruxism

now i know, brusixm is not genetic. it come from us. let be healthy. stay health, stay beauty. peace!!!

Bruxism (clenching teeth, grinding teeth), dalam bahasa Melayu disebut mengerat, yakni menggesek-gesekkan gigi geligi rahang atas dan bawah dengan sangat kuat hingga terdengar bunyi cukup kuat dan ngilu. Bruxism terjadi dalam keadaan tidak sedar, biasanya waktu tidur malam hari. Bagi sesetengah orang ia berlaku sepanjang hari. Bruxism boleh berlaku pada orang dewasa maupun kanak-kanak. Yang membezakannya ialah pada penyebab serta akibat yang ditimbulkannya.

Kenapa Bruxism Berlaku?

Bagi kanak-kanak, bruxism biasanya terjadi akibat rasa tidak nyaman atau rasa sakit pada saat menderita flu, infeksi telinga disebabkan reaksi alahan atau alergi terhadap sesuatu.

Bagi orang dewasa penyebab utamanya adalah masalah emosi, seperti stress kecemasan, kemarahan, sedih atau frust, dan lain-lain. Orang yang agresif atau selalu cepat marah diserang bruxism. Salah tidur atau posisi tidur yang kurang baik juga boleh mencetuskan bruxism.

Apa Akibatnya?

Semasa bruxism berlaku, tekanan kunyah pada gigi amatlah besar, dan ia mencapai lebih dari dua kali hingga enam kali dari tekanan kunyah normal. Akibatnya, boleh menyebabkan kerosakan pada gigi maupun sendi rahang. Permukaan gigi menjadi rata kerana tonjol-tonjol gigi menjadi haus akibat gesekan yang kuat. Selain gigi menjadi buruk, gigi anda juga akan menjadi sensitif keranaa terbukanya lapisan dentin gigi.

Kerosakan juga terjadi pada jaringan penyangga gigi, seperti tulang alveolar (tulang tempat tumbuhnya gigi) serta jaringan periodontal (jaringan pengikat gigi pada tulang), aitu terjadi radang yang menimbulkan rasa sakit dan kerosakan jaringan yang parah. Kerosakan pada sendi akan menyebabkan kesukaran menggerakkan rahang. Rasa sakit yang ditimbulkan bruxism boleh melarat kepada sakit kepala, telinga dan leher, juga otot-otot muka, terutama terasa pada waktu bangun tidur.

PETUA

1.Anda perlu memakai khusus semacam prothese yang terbuat dari bahan acrylic atau silicon yang secara perlahan-lahan akan mengurangi ketegangan otot-otot di bahagian kepala, leher dan bahu. Dalam hal ini anda disarankan berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan nasihat profesional.

2.Anda perlu solat atau lapangkan fikiran anda sebelum tidur dan semua pemikiran anda pada siang hari yang telah membuatkan anda stress, perlu dilupakan atau dihilangkan dari ingatan anda sebelum tidur.

No comments: