Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuasa

selamat berpuasa kepada semua...

tu je..

Friday, August 6, 2010

satu langkah baru..

TGIF, hola!! (bukan TGIFriday restaurant ye neth)


hari ni rasa lega sgt, bukan sebab hari ni jumaat esok tak keje.. dan bukan jugak sebab makan KFC murah ataupun hujan di tghari... tapi rasa bersyukur sbb aku layak bekerja selepas result medical checkup menunjukkan badan ini masih sihat dan kuat. alhamdulillah. bukan senang nak lulus kerja ni tau!

dan hari-hari mendatang adalah benda baru dlm sebab sblum ni tak pernah pun keje selain grafik. kalau dulu santai je ke opis tp kini semua harus baru. formal lagi. jalanpun ikut rentak. mcm model catwalk. cis! haha.. kalau bab berangan takleh nak buang.. kalau dulu biar lambat asalkan selamat sampai ke opis, skrg tak leh kot! mula-mula je kot.. hahaha..


all the best wida!!


ps: mcm kena shopping je.. :p

splash the color....

living room..



bathroom


Friday, July 2, 2010

Cukup Indah


Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah Untuk dimiliki dan untuk dicintai

:: Alif Satar ::

Friday, May 7, 2010

idea-kahwin-mereka-kawan-saya.

Lately asyik gi kenduri kahwin je. but good for me, saya suka idea-idea kahwin mereka. sebab utama adalah reference kepada saya nanti. insyaallah. hihi. gugup pulak nanti.

dari kad kahwin kepada makanan pilihan, baju pengantin dan pelamin. semua idea-kawan-saya-mmg kreatif. i like. dan yg penting tahun ni theme pilihan majoriti adalah purple.

this is Aina & Ajoy wedding
prince hotel

pelamin sgt gah! kombinasi chinese, malay and english style.. wow!

sudu tuh bukan bagi bawak balik,
tp doorgift dia coklat je dari Prince hotel kot.. nyummy!!!
_______________________________________________

me darling Irma & afie wedding. marbelesss..
felda perdana

ni bukan pengantin pd hari tuh. pelamin dia purple jugakkan??

everything from kad - pelamin - baju - kek is from her idea.. good!!

yes, she is... ;)
________________________________________________

Jaja sister, Zura's wedding
shah alam
Zura and her husband.

theme mereka kaler merah
_______________________________________________

the friend, Hasanul Hadi's wedding
ampang

hasanul hadi dah kahwin. hihi.. nama penuh lagi tuh

orange theme. love it!
________________________________________________

my parent friend, daughter wedding

yang ni tak sempat amik gambar pengantin, sebab utama makanan terbaik. ala kampung punya. tapi theme kami sebagai tetamu pula kaler pink - purple.. hihihi

ayahanda pengantin perempuan.

biasalah kalau dah gila bergambar..

menaip lagi...

yeaahhh.. akhirnya saya kembali menaip..

tetapi..

bukan dari meja kantor lama.. ini kantor baru...

chow dulu..

Monday, February 8, 2010

oh my god...

well... welcome back.. welcome back... lama gile tak update blog ini. ada macam kisah dan peristiwa dah aku lupa nak update.. dan ari bila duduk di satu sudut barulah terfikir.. lama aku tak menaip di blog...

kisah satu : aku dah tak keje di cyberjaya.
tiba-tiba aku mcm rindu semacam dgn cyberjaya. ya, mmg dulu aku nak sgt keje kat klcc. yela.. kan senang hati tgk sale sana sini... tapikan di sana byk perkara-perkara yg tak mungkin aku lupa. kisah kerjaya aku, kisah cinta aku, kisah kawan-kawan aku. kisah-kisah gembira yg tak mungkin aku lupa. ya. yang aku yakin, kisah yg baik lebih banyak dari yg buruk. coz who care? senyum sinis.

kisah dua : aku-kan tunangan orang
bolehkan bertunang aku jadikan alasan aku kenapa aku malas meng-update blog? hahaha.. no! not everyday spent time dgn tunang or tgh hangat. no.. no.. not like that. ;) dia nun jauh di sana. di sana.. dan nanti-nanti aja aku introduce siapa dia nun.. dan malas sebab perasaan ini hanya ada satu je. simpe word. gugup! <- satu perasaan yg susah di gambar/luahkan. berdiam kan lebih baik. :)

ikat mati jangan bersimpul. aku dah tunang siol..

kisah tiga : cuti-cuti aku
sebelum tunang. aku dan family pergi merehatkan badan dan otak. kami ke phuket selepas raya haji tahun lepas. tahun lepas 2009. ;) dan banyak tmpat kami pergi. makan tak usah cite. tip top di mana aje. gambar usah di tanya, posing snap aje. yg penting kami semua enjoy dan berjaya merehatkan diri otak yg selirat nih.. heheheh..

jalan-jalan di patong
kisah empat
: hari-hari aku di klcc
aku kan dah berenti keje? so, aku sekarang bekerja di petrosains. pada aku keje aku senang. aku suka. aku dah mula dengan habit aku. waktu lunch aku guna untuk window shopping. kadang-kadang aku lunch dgn kawan2 aku. bolehkah aku diet begini? hah hah! dan sekarang org sibuk dgn CNY dan Valentine. bolehkah aku dapat satu sempena perayaan ni?

erk. cukup buat masa ni. akan di update dlm masa terdekat...

see ya!