Thursday, February 26, 2009

kasut-kasut saya

update skit la since nuthing to be share dlm blog ni sgt.. sibuk skit skrang nih.. hehehehe.. sibuk untuk tido. ngeh!!!

last week, opismate aku nye birthday. gi makan² dan amik gambar..

birthday ezmal dan makan²

dan minggu-minggu ini, aku search google, melalui blog-blog orang.. aku nampak kasut ini..

jeng.. jeng.
.


dan aku juga ada nih. warna putih. beli di bata je.. ngeeee... elok di pakai pada musim² hujan cam minggu-minggu ini.. sebab ianya plastik.


walaupun minggu lepas 4 pasang kasut aku dah sambar.. tetap aku mahu cari kasut mcm nih.. mahu tetap mahu... awas ko sungei wang weekend nih!!
aku sgt admirekan design sebegini.. huhuhuhu... since dah banyak invitation kad yg aku dpt, terpaksalah aku cari baju² baru...


since housemate aku depress sebab ruang tamu rumah warna merah, aku pun sekali lagi... meng-google ape yg patut...

tak silap aku, gambar ni interior untuk salah satu hotel kat Bangkok. simple dan cumel² je..
aku sangat teruja pada langsir & sofa.

dan akhir skali..

tetap.. bergambar mmg hobi semua org kot.. but missing sumone.. Chris! miss u so much!! tolong cubit pipi Arianna boleh? hehehe

Wednesday, February 18, 2009

kekasih-kekasih

hari kekasih yg sibuk. sehari sebelum hari kekasih, aku pulang ke umah berjumpa dgn adik aku. sebelum itu, sempat aku singgah KLCC untuk cari hadiah untuk harijadi adik aku, azira. "selamat harijadi azira- 17thn dah" End up, kami decided nak bagi dia pilih sendiri apa dia nak. Dia sempat shopping lagi.. ;)

14th Feb 2009
esoknya, aku menemani housemate aku attend wedding kat melawati, anak kepada seorang pelukis, Yusof Gajah. Jaja nama dia. Jaja ni pelukis gak, trademark dia kucing.. dan wedding card dia juga ada lukisan 2 ekor kucing melambangkan kedua pengantin.. cumell..

selesai, aku ke bukit bintang. kiri kanan aku semua sepasang kekasih. baju sama, bunga ros, coklat.. aku senyum melihat mereka. baru kenal cinta. hehehehe.. "thanx for the luvly coklat & tot" dia ;)

15th Feb 2009
abit nak tgk wayang, upin&ipin. kebetulan wina dtg umah, aku ajak dia skali. Galaxie, tiket sold out, abit tak puas hati, dia ajak kitorg gi timesquare, mcm dia bayar je.. sold out jugak.. end up aku temankan wina shopping baju dan gi makan kat Papa John's

sedap jugak...

selepas itu, kami ke karaoke. sound sistem kat situ agak teruk skit.. tidak membantu dan buat aku hilang semangat mahu menyanyi. dan kalau org lain dgr mesti mahu menangis. hahaha.. biasanya org yg ckp suara org lain tak sedap tuh suara dia sendiri yg azab kan.... hahaha..

16th feb 2009
hari isnin yg slow, keje la ape lagi.. menghadap lagi mcm2 virus-virus ape ntah. no matter what.. lu pikir sendiri la beb.. korang kan hebat..hehehhe.. baik aku layan anime cumel nih

Ouran High School Host Club

dan aku dan housemate aku ke alamanda. aku sempat beli kasut. hehehe..

Monday, February 2, 2009

F.L.A.T

uncle dennis. pemandu van opis aku. keje dia ari2 menghantar/ambik staff dari opis-ERL-opis. keje dia memandu je kot. (aku rasa la..) rutin mingguan aku, setiap jumaat aku akan berjumpa dgn dia, hehehe.. sebab ari jumaat je aku balik naik van. dan satu2 ari di mana kami berborak...

"adik, u ada tgk malaysian idol?" tanya uncle dennis.

eh, layan gak ke org tua ni? yg mane satu pulak.. aku pun angguk, senyum pastu tanya kenapa..

"ada this one story, last time i ada tgk dgn my friend. mat saleh la, u tahu ape jadi?"
"itu mat saleh ada blaja bahasa la, so dia try to translate.."
"itu time itu orang komen after itu org nyanyi.. "

aku rasa paul kot komen masa tuh, so..
"ur voice... very flat" <-- aku agak2 je komen dia camni... dan kawan mat saleh dia nih dgn seronoknya cuba men-translate.. "suara awak sangat rumah pangsa"

well, nice try uncle dennis mat saleh friend.. mungkin dia terlalu mengikut kamus, ataupun dia blaja perkataan itu masa dia baru2 pindah kat sini...masa tgh cari2 umah kot..

dan kadang2 aku pun terfikir, kita pun tak lari daripada buat mistake cam tuh kot.. kadang2 yakin lak tuh..

mic itu bukan utk malaysian idol k.

cet. aku ingatkan nak tanya pasal jaclyn victor ke, ayu ke, nita ke, daniel ke..