Thursday, December 30, 2010

sambut-lah 2011

HOORAYYY!!


saya rasa mungkin ini last entri for this year! bila di fikir-fikirkan, byk suka-duka pada tahun 2010. namapun hidup. apa yg baik. amik dan simpan-simpanlah sebgai kenangan. kalau yg buruk tuh. suh!!! usir jauh. biar jgn dekat. bawak penyakit je.

ermm..
ermm..

dgn nini di putrajaya

saya dah malas nak taip. tadi saya semangat.

oklah, selamat tinggal 2010. welcome 2011.

H-A-P-P-Y N-E-W Y-E-A-R!!

Wednesday, December 29, 2010

pilih saya please.. eh.. eh..

another 3 day nak masuk tahun baru 2011. azam baru saya... ermm azam baru tuh cam masih terfikir-fikir. ape yg patut di dulukan ape yg patut di lepaskan.. susun betul2 jangan sampai berterabuh... tapi kalau tanya saya wish list, tanpa fikir. berderetttt. Confirm!! hihihihi.. organizer baru ni pun penuh dah. hehe. well. well... ini la wida.

opst! tgh update tiba-tiba neth skype mention ZARA is sale.. <- iklan sat.


yeayyy!!!!

tp. itu 30hb. arini baru 29hb. ari ni. aku lebih kurang tambah. NO MOOD. hati ni cam kelam kabut je. berdetik lebih laju dari jam countdown new year. rasa nak cepat je.. ntah nak kemana. sakitnye..~ penat kot.

oh! mungkin saya red light kot!!

tp hiburkan hati saya dgn ini.

blackberry ke Iphone?


pilih utk saya please

Monday, December 27, 2010

a wedding so call reunion. boleh kan?

Zam & Nadia
semoga berkekalan hendaknye..


and thanks again for inviting me Zam. ;) in another words, dpat la budak2 sii ter-reunion secara tak sengaja nye. but this time, saya dpt rasakan perubahan pada semua org. saya gembira.


dan saat-saat terakhir sebelum masing-masing make a move..

will miss this moment ~

next wedding will ezmal & farah..

Friday, December 24, 2010

my-keluarga-trip 2010 : part 2

24 Nov 10 : Rabu
Pagi dah. packing barang (part paling malas sebnarnye!) then ronda-ronda bandar Chiangrai tuh cari tmpat makan. "Tuh. tuh. Masjid" semua org pun ada reaksi yg sama bila nampak masjid. maklumla sini bukan negara islam so minority la kedai mkanan islam. kami menuju ke arah masjid tuh. There is Muslim stall so kitorg bfast kat situ. dah kenyang perut ape lagi. jalan... Singgah Lampang - (kalau kat malaysia cam melaka la kot) kata mak, sini fames dgn kuda. yes, we can see kuda tapi kenapa byk ikon2 ayam kat sini? jawab ye. selain ayam. opst! kuda. sini femes dgn ceramic. mereka2 borong la jugak. saya tak suka benda senang pecah. dah borong. jalan lagi. Phitsanulok - dan akhir kami bermalam di Lom Sak. (weh! tmpat susah betul cari makan. all pork. cumel je icon2 dia but no no for us.) nasib baik kami ada stock makanan. makan sendiri je la.



25 Nov 10 : Khamis
Bfast pagi kat hotel. huhuhu sedih.. roti bakar je dgn kopi/teh aje. bedal jela. alas perut. kami ke Pecthabun. ikut plan kami patut balik ke Songkla terus tp ayah kata dia tak puas lagi. so, kami memanjat gunung lagi (naik keta la) kami ke Phu Tub Berk. Sebelum sampai ke puncak tuh, kami berenti kat satu point tuh tuk beli sayur dan lauk2. biasalah. mak mau masak. kami mau makan. gheee... then, kami sampai di puncak. ramai nye. ada paraglyder-nye competition. ada team dari malaysia jugak. hebat mereka. saya tak berani. sila lihat gambar



26 Nov 10 : Jumaat
waktu pagi yg sejuk thp melampau kat puncak gunung tuh. grrr.. (mcm mane nak dok oversea??) we having steamboat wei. camping pun layan gak... mengigil makan masing. mandi tak usah cerita. sejukkkkk.... tgahri skit kami bertolak balik ke Hatyai(Songkla). Satu hari dok dlm keta. di saat terakhir ni, aku leh dramatik skit. muntah2 lak. demmit. hilang macho!

27 Nov 10 : Sabtu
Sampai umah Wa'san subuh. Ngam! after rest chit chat, kami ke town. cuci transfer gambar dlm cd coz my memory card ke Virus. demmit virus bodo!! Sorry sony. masa masukkan memory card, abis satu kedai ter-shutdown. nasib baik recover balik. hehehehe... malam lak. kami wat bbq. oh. John. (this year dia tak join coz dia ada baby kumaira. Cumel sgt.

28 Nov 10 : Ahad
Bertolak ke Padang Besar. Chop!! heading back to KL. best nye udara KL. miss KL.

Thursday, December 9, 2010

my-keluarga-trip 2010 : part 1

19 Nov 10 : Jumaat
saya masih bekerja dan masih menghirup udara kl dan juga hari di mana saya tepat 3 bulan saya bekerja di sini. oh! entri sebelum ada saya ceritakan pasal tempat keje baru saya. dan bila petang, saya bergegas cam lipas kudung keluar dari opis untuk ke LCCT. Jumaatkan, jalan di KL ni kan selalunya jem. dan.. dan.. dan.. saya naik flight. selamat elak jem di kl tadi, saya terpaksa jem-kan otak saya kerana ada se-rombongan ciktemah+pak-ali ni memekak di dlam flight. takkan saya nak terjun keluar pulakkan? so, 2jam perjalanan saya mmg syiokk habislah. huh!

sejam.. dua jam...

saya tiba di Suvarnabhumi Airport. di jemput oleh P'pearl terus menuju ke rumah P'Khung. Erm. biasa je udara Bangkok. Sama je di KL. hihihi. (tiada apa yg nak di rindukan di Kl punn..) Dan selepas mandi-manda, makan, gosip skit, kami sekeluarga terus meneruskan perjalanan ke Chiangmai. Oh, lupalak. family saya dah ada di thailand before raya haji lagi.


20 Nov 10 : Sabtu
Sepanjang perjalanan, saya tido je. tahu-tahu dah pagi dan sampai dah Chiangmai. So, kami check in kat Crystal Place. Setelah fresh up, kami keluar lunch kat Bismillah Restoran. Sup daging 2 thumb up! selepas tuh kami terus jalan-jalan di night market. Saya rasa haven sgt, sebab barang2 di sini murah-murah. maka, silalah borong ye. tempat nye besar siap bercabang dan bersih, satu sampah pun tade atas jalan. teruja~ setelah penat pulang ke bilik. tido.


21 Nov 10 : Ahad
Pagi-pagi dah ada kawan ayah menunggu nak p bawak belanja makan kat Kao Soi Islam. Roti canai ok! ;) After that, we check out then terus menuju ke Pai.Kat Pai, kami tido khemah je dan malamnye kami masak2. (oh! mak je masak. kami makan je..) selepas kenyang kami jalan-jalan di Pai nye town, 2km jarak dari tapak perkhemahan kami. dan menjadi kebetulan pulak, malam tuh mereka merayakan Loi Kratong. kami tumpang sekaki la.. hehehe.. tgk je.. dan night marketnya lebih kurang sama hebatnya dgn chiangmai jugak. siap ada johnny depp lagi. hahaha.. dan seperti kami shopping lagi la..



22 Nov 10 : Isnin
bangun pagi terkejut saya tgk kabus tebal. no wonder la sejuk.. masing-masing bangun p bersihkan badan dan terus masak-makan-makan alas perut je. Setelah kemas-kemas khemah kami terus menuju ke Doi Pha Hom Pok. (taman negara) di mana glamer dgn hotspring. tapi dalam perjalanan ke sana, kami sempat singgah di Coffee In Love. (rasanye- tmpt wajib sesape yg gi Pai)


23 Nov 10 : Selasa
Selasa dah... kami ke Maesalong untuk makan (Salima restoran- Chin Ho), kebetulan menjadi laluan kami. the plan nak gi tmpat lain tapi tersesat dan tersasar skit, lalu plan terus ke lain. kami ke Doi Tung, Chiangrai. kami tak stay sana pun. DoiTung tempat nye sgt cantik. mak kata, kerabat-kerabat nye taman. so, all the bunga pelik2 semua ada kat sini. kami singgah di sana dan borong silver. erm. silver gunung katanya. not bad, sampai ke arini tak hitam lagi. 40 baht saje harganya. murah lagi. boronggggg... dan after snap sane sini sinun kami bergegas ke town untuk cari tmpat tido. (petchsiam palace) tak cukup penat, malam tuh kami naik tuk-tuk untuk ke town yg 1km je dari tmpt kami. Night bazar lah. mane lagi.. ada traditional thai show. enjoy the nite. balik hotel. tidoo ZZZzzzZZZ


sambung part 2
bila saya rajin dan ada masa..