Thursday, December 9, 2010

my-keluarga-trip 2010 : part 1

19 Nov 10 : Jumaat
saya masih bekerja dan masih menghirup udara kl dan juga hari di mana saya tepat 3 bulan saya bekerja di sini. oh! entri sebelum ada saya ceritakan pasal tempat keje baru saya. dan bila petang, saya bergegas cam lipas kudung keluar dari opis untuk ke LCCT. Jumaatkan, jalan di KL ni kan selalunya jem. dan.. dan.. dan.. saya naik flight. selamat elak jem di kl tadi, saya terpaksa jem-kan otak saya kerana ada se-rombongan ciktemah+pak-ali ni memekak di dlam flight. takkan saya nak terjun keluar pulakkan? so, 2jam perjalanan saya mmg syiokk habislah. huh!

sejam.. dua jam...

saya tiba di Suvarnabhumi Airport. di jemput oleh P'pearl terus menuju ke rumah P'Khung. Erm. biasa je udara Bangkok. Sama je di KL. hihihi. (tiada apa yg nak di rindukan di Kl punn..) Dan selepas mandi-manda, makan, gosip skit, kami sekeluarga terus meneruskan perjalanan ke Chiangmai. Oh, lupalak. family saya dah ada di thailand before raya haji lagi.


20 Nov 10 : Sabtu
Sepanjang perjalanan, saya tido je. tahu-tahu dah pagi dan sampai dah Chiangmai. So, kami check in kat Crystal Place. Setelah fresh up, kami keluar lunch kat Bismillah Restoran. Sup daging 2 thumb up! selepas tuh kami terus jalan-jalan di night market. Saya rasa haven sgt, sebab barang2 di sini murah-murah. maka, silalah borong ye. tempat nye besar siap bercabang dan bersih, satu sampah pun tade atas jalan. teruja~ setelah penat pulang ke bilik. tido.


21 Nov 10 : Ahad
Pagi-pagi dah ada kawan ayah menunggu nak p bawak belanja makan kat Kao Soi Islam. Roti canai ok! ;) After that, we check out then terus menuju ke Pai.Kat Pai, kami tido khemah je dan malamnye kami masak2. (oh! mak je masak. kami makan je..) selepas kenyang kami jalan-jalan di Pai nye town, 2km jarak dari tapak perkhemahan kami. dan menjadi kebetulan pulak, malam tuh mereka merayakan Loi Kratong. kami tumpang sekaki la.. hehehe.. tgk je.. dan night marketnya lebih kurang sama hebatnya dgn chiangmai jugak. siap ada johnny depp lagi. hahaha.. dan seperti kami shopping lagi la..



22 Nov 10 : Isnin
bangun pagi terkejut saya tgk kabus tebal. no wonder la sejuk.. masing-masing bangun p bersihkan badan dan terus masak-makan-makan alas perut je. Setelah kemas-kemas khemah kami terus menuju ke Doi Pha Hom Pok. (taman negara) di mana glamer dgn hotspring. tapi dalam perjalanan ke sana, kami sempat singgah di Coffee In Love. (rasanye- tmpt wajib sesape yg gi Pai)


23 Nov 10 : Selasa
Selasa dah... kami ke Maesalong untuk makan (Salima restoran- Chin Ho), kebetulan menjadi laluan kami. the plan nak gi tmpat lain tapi tersesat dan tersasar skit, lalu plan terus ke lain. kami ke Doi Tung, Chiangrai. kami tak stay sana pun. DoiTung tempat nye sgt cantik. mak kata, kerabat-kerabat nye taman. so, all the bunga pelik2 semua ada kat sini. kami singgah di sana dan borong silver. erm. silver gunung katanya. not bad, sampai ke arini tak hitam lagi. 40 baht saje harganya. murah lagi. boronggggg... dan after snap sane sini sinun kami bergegas ke town untuk cari tmpat tido. (petchsiam palace) tak cukup penat, malam tuh kami naik tuk-tuk untuk ke town yg 1km je dari tmpt kami. Night bazar lah. mane lagi.. ada traditional thai show. enjoy the nite. balik hotel. tidoo ZZZzzzZZZ


sambung part 2
bila saya rajin dan ada masa..


tak pernah ada - geisha


Download video clip Geisha Takkan Pernah Ada

Thursday, November 4, 2010

happy me B-I-R-T-H-D-A-Y.

spt tahun-tahun lalu, saya tidak semeriah mane nak celebrate birthday dan kebanyaka kek-kek yg saya dpt adalah kebetulan atau mudahnye dipanggil "surpriseeeeeee.." di mana saya tidak merancang. MEREKA je yg merancang. di kira MEREKA berjaya buat saya terkesima. nasib baik muka saya nih. jenis yg tak kantoi sgt. kira oklah tuh..

muka saya biasa saje kan.

dan saya berterima-kasih sgt pada mereka2 yg wish pada. terima-kasih juga pada fb sebab bagi reminder pada kawan2 saya, yg sms saya dari bermulanya detik pkl 12tgh mlm(30hb) kepada 12tgh malam ari berikutnya.. saya betul2 terharu baca msg anda. walaupun lambat tapi ttp saya appreciate. (ye, saya lupa nak reply sebab tersenyum sendirian.., mintak ampun yee..). dan sponsor kek dan hadiah.. terima kaseeehhh... anda semua buat saya happy


mastermind + sponsor cake + dan jugak penyanyi jemputan. well~~

kenapa dia lagi glamer dari saya?

saya adik, dia kakak. hihi. peace no war!

oh! kawan se-lepak, se-lawak saya. di sebabkan mereka lawak. diorg se-surprisekan saya pada waktu maghrib hari berikutnye. siap nak kidnap saya se-karaoke dgn mereka. (dah pun..~)


nini call me deraest...

rindu zaman dulu kala.. haih!!

tapi nasib baik ajak karaoke je, kalau makan mau meletup perut.. sebab sebelum tuh mak belanja makan nando's. thanks mak.. :)

Ayah kata, saya celebrate birthday seminggu ke? saya gelak je.. sebab semalam Opik belanja makan Domino's semperna birthday saya jugak.. sayang semua...~~

Tuesday, October 12, 2010

Layar Impian - Ella

**10.10.10

yes. 10.10.10 jatuh pada hari ahad. where im suppose to have a good day.

as i always wish ...


this is my new baby..

saya tak byk collection. since this thing ada story, i'll keep this with me..

oh ya! my leave already approved!! cuti2!!

Malurian Batch 2000 Reunion

kami. tak pernah pun merancang untuk adakan reunion, sebab kami tahu bukan senang mahu mengumpulkan semua. lagi-lagi dah sepuluh tahun lalu. satu hari itu, kami saje-saje rancang, kami saje-saje tanya, kalau-kalau feedbacknya bagus, tak salah kami cuba.. hasilnya


Theme : Raya Open House
Date : 9th october 2010
Venue : Dorsett Regency

back in years 2000. dah sepuluh tahun dah kami tinggal sekolah. nak kata 10 thn tuh masa yg lama pun x jugak, nak kata sekejap pun tak jugak.. masa tuh, kami umur 17 thn, perangai toksah cite, huru- hara. biasala, zaman remaja mane leh sia-siakan. kami gunakan sebaik mungkin. jgn di buka cerita zaman sekolah, dari pagi sampai malam tak abis cerita, tak abis gelak. lawak sungguh.

pada mulanya, aku fikir, semua dah berubah. yela, ada yg dah bertunang, berkahwin, ada anak.. so, setiap perbualan mungkin lebih formal atau matang. setiap perlakuan ada batasnya. dah besar katakan..

TAPI

bila kami berkumpul semula, macam zaman persekolah tuh mcm baru tamat semalam je. huru hara tetap ada. gelak tawa kami serupa dahulu, tak ada apa yg membeza kan kami. cuma size kami berbeza skit, keakraban kami masih sama.


hari itu, pulang dengan penat. dah lama x letih sebegini..

dan akhir kata dari saya..


"pada semua yg hadir, thank so much hadirkan diri. tanpa korang reunion ni pun tak jadi, insyaallah next time ada rezeki kita buat lagi ok.."

Monday, September 13, 2010

♪♫selamat hari raya...♪♫♪♪

bila bukak je blog ni. rasa sunyi je. ada terasa nak menaip, nak meluah dalam blog ni. tapi satu macam perkara yg saya rasa tak mau menaip. tak mahu cerita ini di kongsi.. tak mahu ye.. huh! benci kalau ada rasa begini. aku mau feel free... tapi ari ni, ada satu macam perkara buat aku rasa nak update blog ni. ada satu rasa buat aku nak menaip.. satu rasa satu malaysia. ikan siakap tiga rasa.. sedap.. wah.. sesuai pulak konsep satu malaysia nih.. wakakaka


mula-mula. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin semua.. halalkan makan minum, ampunkan salah silap. 0-0 ok.

dan ceritanya...

syukur sgt sbb bulan puasa tahun taklah panas sgt, cuaca redup ok2la.. since family aku berbisnes kedai makan. maka, kenapa perlu berbuka di luar kan? aku tolong ibu di kedai saje la..oleh itu, terima kasih kawan2 yg support bisnes family aku. terima kasih ber-gathering di kedai aku. dan ops!! nama kedai aku Nang kam Seafood ye.. kalau tersasul sikit2 takpela.. i ok je.. hihihi..

cosmo - thanx to kimi for organize this!

Orgu - ini thn kedua mereka berbuka di kedai aku. thanx to dekwan for promote!!

cosmo jugak.. senior semua nih!! ayin, luv luv u!!

neth's family

and
KLX150malaysia.com - thanks to buck!
nity & friend
mokh & friend

terima kasih...

dan ini

aku dan keluarga..

tak sah kalau yak bergambar.. aku bertudung oren. itu yg buat aku berkobar2 nak meng-update.


ps : kredit photo to DW, Mokh, Fatin, Neth..