Monday, February 8, 2010

oh my god...

well... welcome back.. welcome back... lama gile tak update blog ini. ada macam kisah dan peristiwa dah aku lupa nak update.. dan ari bila duduk di satu sudut barulah terfikir.. lama aku tak menaip di blog...

kisah satu : aku dah tak keje di cyberjaya.
tiba-tiba aku mcm rindu semacam dgn cyberjaya. ya, mmg dulu aku nak sgt keje kat klcc. yela.. kan senang hati tgk sale sana sini... tapikan di sana byk perkara-perkara yg tak mungkin aku lupa. kisah kerjaya aku, kisah cinta aku, kisah kawan-kawan aku. kisah-kisah gembira yg tak mungkin aku lupa. ya. yang aku yakin, kisah yg baik lebih banyak dari yg buruk. coz who care? senyum sinis.

kisah dua : aku-kan tunangan orang
bolehkan bertunang aku jadikan alasan aku kenapa aku malas meng-update blog? hahaha.. no! not everyday spent time dgn tunang or tgh hangat. no.. no.. not like that. ;) dia nun jauh di sana. di sana.. dan nanti-nanti aja aku introduce siapa dia nun.. dan malas sebab perasaan ini hanya ada satu je. simpe word. gugup! <- satu perasaan yg susah di gambar/luahkan. berdiam kan lebih baik. :)

ikat mati jangan bersimpul. aku dah tunang siol..

kisah tiga : cuti-cuti aku
sebelum tunang. aku dan family pergi merehatkan badan dan otak. kami ke phuket selepas raya haji tahun lepas. tahun lepas 2009. ;) dan banyak tmpat kami pergi. makan tak usah cite. tip top di mana aje. gambar usah di tanya, posing snap aje. yg penting kami semua enjoy dan berjaya merehatkan diri otak yg selirat nih.. heheheh..

jalan-jalan di patong
kisah empat
: hari-hari aku di klcc
aku kan dah berenti keje? so, aku sekarang bekerja di petrosains. pada aku keje aku senang. aku suka. aku dah mula dengan habit aku. waktu lunch aku guna untuk window shopping. kadang-kadang aku lunch dgn kawan2 aku. bolehkah aku diet begini? hah hah! dan sekarang org sibuk dgn CNY dan Valentine. bolehkah aku dapat satu sempena perayaan ni?

erk. cukup buat masa ni. akan di update dlm masa terdekat...

see ya!

Tuesday, November 3, 2009

har haari jaarr jaadi saa saa ye.

"har haari jaarr jaadi saa saa ye"

birthday datang lagi.. yeay.. tahun ni, aku sambut lagi hari jadi. yang ke berapa?? erm... 26 thn! wow. umur yg matang kan. kahkahkah! sambutannya kecil-kecilan saja tapi ucapannya ringkas-ringkas bermakna gitu. terima kasih tidak terhingga pada yg wish tuh. oh!

NU's birthday cake - sponsor by wira. TQ

hadiah ini dari wira - cantikkknyee... saya suka...!!!

hadiah ini dari opik - pembalut je lain. dlmnya buku. i like it too!!

mereka pun turut sama gembira. sugar high agaknye!

oh! mari memasak bersama cafe world. game online di facebook. seronok woo... cuba korang try.. boleh jadi cam aku. susah kalau dah addicted.

ni la rupanya.

Wednesday, October 21, 2009

farah nadia

"selamat pengantin baru. farah nadia"

selamat dah sorang lagi mendirikan rumah tangga. she's look great that day. (thumb up'sss!)

sila lihat snap2 di bawah

senyum. happy. amik berkat

kek dan malurian's

abang askar. gagah!

wish aku. semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.

see more in facebook k.

after snap2 aku terus ke tesco ampang menemani ibu membeli belah. tesco yg sentiasa padat dengan orang. dan dalam ramai2. aku jumpa ini... sila lihat gambar di bawah!

zafran (betulke spelling camni??) anak kepada mozek & nomy. ensem kan??

Tuesday, October 6, 2009

petanda apekah ini?

emmm.. hari2 aku buka blog. hari2 jugak aku try nak update. dan hari2 jugak aku rasa nak letak title "i just hate" or "i hate..". argh.. kepala otak seakan kacau sampaikan draf teralu banyak untuk di post. aku tak tahu nak mula yg mana satu. aku tak tahu mcm mana nak luahkan. idea seakan-akan berlumba2 bila aku mula menaip tapi hampeh akhirnya satu pun x ter-keluar. kali ni, aku nak summarize-kan satu persatu. cehh!!!

saje bagi nampak purple

seperti blog-blog yg aku singgah ketika ini, sibuk update pasal raya, open house dan se-angkatan dgnnya. gambar raya tak banyak sebab aku lebih suka pegang camera dari pose2. lately nih je!! nape eh?? sangat bukan aku...!

with azmi - baju raya ai.. fire2 panas gitu ;)

tidak seperti tahun2 sebelum ni. aku ni mmg kuat makan. lantak pi apa depa nak habaq mai.. jenuh aku cari lontong di pagi hari sampai la ni aku x dpt makan. kempunan ai. so, tahun ni tak berapa meriah sebab tade lontong masaklodeh kegemaran ai tuh. huhuhu.. dan sepanjang2 bercuti ni, aku dan adik-beradik gi main bowling sesama. laki lawan pompuan dan yg paling aku x sangka, adik aku si opik yg sememangnya ada penyakit pelik iaitu, kurus yg tak patut tuh.. terel main bowling. terel wooo... larat lak angkat bola. hebat!! (opst! opik kata aku ada penyakit unik, iaitu gemuk tiba2..boleh?)

six of us!!

dan hari-hari yang lain, ada la 2-3 rumah yg aku beraya termasuklah OU(umah lama tuh.. hehehe) dan juga pavilion. oh! ada jugak yg sibuk dengan pertunangan & open house.

congrate to hanis dpt bertunang dengan jaya-nya. kahwin kasi meriah2 eh. hanis ni adik nini. kawan tergelak aku tuh!

skirt baru & kasut, semasa beraya di pavilion. ahaks!

dalam sibuk2 aku bercuti ni. x lupa jugak pada si kecik aliesha. baru 2 bulan lebih, kepala pun tak berapa kuat, ada hati nak berdiri. budak2 sekarang sangat bagus. aku kagum!!

saya mau diri la mummy!

Saturday, September 19, 2009

I just hate..

a very-very good morning! today is last puasa, esok dah raya, tapi aku masih blom shopping. rasa2 xnak beli baju raya tapi mak kata nak amik gambar family. so, japgi la beli. urgh!! (benci bila teringat betapa sesaknye org. well, hari ni je aku free) lagi benci tahun ni nak sama kaler, purple. aku tibai je mane purple yg aku rasa cantik japgi. kenapa x pilih free kalerrr??? (chill wida... esok kan raya... tadi kan dapat duit raya.. ahaks!!)


oh ya. sape kata dah besar takleh dpt duit raya? aku blom kahwin ok... hahaha.. malu ok bila fikir-fikir. benci perasan ini. tapi kan rezeki kan takleh di tolak. (untung wida, leh rolling duit raya untuk anak2 buah pulak.. save.. :p) raya o raya...


raya? ziarah kubur, makan lemang umah jiran (sodappp den raso..), kuih raya, open house, raya gathering... biaso2 je... semua tuh penambah berat badan aku. time ni aku terasa sgt benci sebab takleh nak control makan. (ajaibnye wida, bulan puasa tahun ni berat turun 5kg...) surpriseee!!!


minggu satu lagi ada tetamu nak dtg umah. aku ok je. tapi kenapa yg lain cam nerves dari aku? bukankah setiap yg dtg mesti bawak khabar berita?? baik atau tidak let it be.. yg korang lebih-lebih kenapa?? benci saat-saat mcm ni. (smile wida, biar diorg nerves tgk aku yg hati kering pulak..) org datang pun takleh... cuti-cuti malaysia la.. tak rock la korang!!!
dan itu sahaja nak bebel sebelum raya. yeayyy... esok raya. tahun ni aku puasa penuh!!! takyah ganti2 dah... (macam pernah ganti cukup..???)


selamat hari raya, maaf zahir dan batin. lagi skali. minta ampun apa yg tersalah dan terkasar bahasa.. pandu selamat, raya pun selamat.. peace!!!

Monday, September 14, 2009

di JW Mariott

tinggal beberapa hari lagi nak raya. aku tgk orang dah sakan shopping sana sini. beli baju raya, kuih raya, rumah raya, kasut raya, sedia duit raya dan mcm2 lah. aku? hanya ada sampul raya je. apepun belum di sediakan. last day puasa masih sempatkan..? ;) tahun ni tersangatlah sibuk. alhamdulillah. bisnes kedai makan family aku so far murah2 di limpahi rezeki. aku pun. melimpah-limpah peluh keringat bagaikan. tapi apepun, aku still curi masa berbuka kat luar dgn kawan aku sorang ni. sape lagi? my lovely2 friend..

malurian's

mama, ibu, mummy aliesha


dan aku rasa ini adalah entri terakhir untuk bulan puasa tahun ni. dan aku ingin ambil kesempatan untuk meminta maaf apa yg patut, salah silap, terkasar, terkutuk, termaki, ter-dan segala ter sama ada di sengajakan atau pun tidak di sengajakan.. minta maaf lah ye. 0-0!!


dan juga selamat hari raya pada semua umat islam. berhati-hati sama ada di jalan raya dan semasa makan... ;)

Saturday, August 29, 2009

saturday fever

talk to myself. " I need to be strong at this moment"