Thursday, January 31, 2008

cerita baru

sedar tak sedar. dah sebulan aku tinggal umah baru. dinding merah jambu ruang tamu. carpet hijau ala2 kaler shrek. sofa pun hijau. kerlass... cermin besar. jam dinding yg sentiasa pkl 7 dan si prada dan se-kawan berenang2 di aquarium kecil. meja makan bulat milik si tasha. bauan eucalyptus+lavender serata umah. lampu malap2 kuning2 orange. mmg nak tido memanjang. good for rest. yg penting kali ni aku dok umah tingkat 11. suasana lak berubah. kalau dulu sekiling umah aku semua nya student kecuali jiran depan umah aku. hahaha.. tapi sekarang. pkl 10 dah sunyi sepi. bunyi meow-meow dari ground floor pun boleh dgr. jauh beza dari hidupan dulu. hahhaa...

Azuki. mane la dia pergi skrang nih? merajuk sgt ke? kita pindah sama2. dia tinggal 2 minggu je. pastu ntah mane la dia pergi. puas cari. kesan cakar di kaki belum lagi ilang. sabar jela... fa siap buat poster "pulangla azuki". <-- yg penting fa tampal sebelah poster adik shalini. adik shalini. doakan yg terbaik untuk dia k. insyaallah..

Azuki. mcm tuan dia jugak. pantang ada camera!

berbalik pada umah. masa terluang di opis. selain bekerja dan menepek kat tangga belakan tuh. aku layankan aje website interior nih. cari2 idea untuk bila aku. hehehe.. bilik aku konfem sepah. aku agak malassssss.... wakakaaka... alkisah satu malam. balik dari friend. nini pun ikut sama balik sebab dia cam takut nak drive malam. tiba2 pintu tombol bilik aku takleh bukak.. ko gileee... pkl 3 pagi kitorg ketuk2 pecahkan pintu. nasib baik tasha tak tido lagi. apa lagi. masing2 tunjuk skill masing2 jadi hero la... akhirnya tombol telah ilang bersama2 dgn hammer yg kitorg pinjam dari mila.. huhuhuhu..

ilham untuk bilik tido aku

cyberjaya-kl-sunway-srikembangan. hari2 benda sama. but still enjoy gile sebab aku untung byk... hahahaha.. tade duit mane nak enjoy beb? bisnes aku lak makin membiak. lagi la senyum sakan aku tiap2 bulan.. tenkiu2 azah. ayin. jack. aunty n sideline2 yg lain.. for helping me so much... n welcome our new partner alin. kasi pecah stadium putra bukit jalil sabtu nih (2nd Feb) our guess lak Dato' Siti Nurhaliza <-ntah betul ntah title dia. konfius! ngee~~ gooddé-gooddé maria, congrate for what u achieve this month... life ko mesti best gile skarang!!!!! berbaloii beb... malas cite byk pasal bisnes!! later2 taula tuh...

Nangkam Seafood

i am distributor..

ok2... later update pasal R&R n BORNEO Dinner.....

Friday, December 28, 2007

U P D A T E G I L E - G I L E

fuh. nasib baik leh ingat blk password. kalau tak terkubur je blog aku nih. hahaha..
meh la aku update skit ape patut...

30th October. tambah lagi setahun umur aku. hahaha. n tq pada partner2 aku di FRIENDS for surprising me k. sugar high aku sepanjang minggu. with brownies sponsored by secret receipi + JCO donut. freak! opst! tak lupa gak pada Octoberian's.. My lady bos, Celia. ofismate ku eiyla. tasha. kawanku maria dan yg lain. aku tak ingat.. birthday k. tenq pd rakan opis aku, apis. for cute red little evil n ayah for jam. yg lain. tima kasihla sebb wish.

then, nov arituh.. aku merehatkan minda otak dan menambahkan sakit badan aku ke Langkawi. Best gile. shopping ape korang suka. Duty free kan.. aku gile kejap. semua coklat ada. hyper. aku makin hyper dgn lebihan gula. semua kerana aku sukakan coklat. opst! obses sgt.

pulau pasir basah

Seven Well

then, 10th Nov. celebrate birthday ayah. happy birthday and wish all the best. semoga panjang umur and allah always bless u dad! enjoy riding ur new Ford Everest k.

rambut oh rambut!
gugur tak tumbuh, abis botak kepala. kini. aku berambut pendek. hahaha. tersgtla pendek. hahhaa.. dgn treatment nasihat bagai dari pakar kepala rambut. alhamdulillah. semuanye ok..

birthday lagi.
december ramai betul celebrate birthday. to apis(abah). linda. abby. wina. fa. intan. christine. sape lagi ntah. happy birthday k. for my best friend, wina. enjoy ur life k.

dec born : Linda (16th Dec). Wina (21st Dec) • also my new hair..

Christmas Party.. Hohohoho!!
camne nak ckp ek. antara byk2 celebration kat opis nih. christmas eve paling meriah. itu TAHUN2 YG LEPAS la... tahun ni pun jadi gak.. tapi tak semeriah dulu. apsal ntah opis aku yg merangkap studio nih dah tak best.. dah tua ke semua? setakat lepak bancuh kopi hebat la.. but still. kami masih lagi bertukar2 hadiah. ada yg happy. ada yg unhappy.. oklah. ada hadiah yg masuk akal dan ada jugak hadiah yg di luar sifat tabii. mentality problem i guess. hahaha.. organiser? hahaha. lantak pi.

budak opis aku.

25th dec. Xmas party lagi. dgn partner2 aku di FRIENDS. xchange gift jugak. game je dah terbulat2 mata semua org nak main. 1st game menang dpt rm1100. gile la. partner pompuan dpt. mentang2lah ko pompuan. ceh!! untuk 2nd game. minum 8 tin coke paling cepat. hadiah nye rm2200. gile perut kembung nak muntah. makanan best gile. aku dpt Snowglobe. best!!

with partner

Wednesday, October 17, 2007

yg pergi takkan kembali

untuk entry kali ni..

al-fatihah pada arwah faizal. pakcik aziz (ayah ayien) n atuk abby. Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di letakkan di kalangan org2 beriman.

amin.

tak lupa juga pada arwah pakcik yg telah pergi 2 tahun lepas. sempat ziarah kubur masa 1st raya. terasa rindu dgn dia. kalau la dia masih hidup. pasti gembira melihat cucu2 dia makin membesar dan bertambah. Azmi dan ikhmal. dan sorg lagi yg dah lupa nama dia. dok jauh sgt! nasib baik ada ayah. tmpat untuk mereka merasa memanggil atuk. hehee.. ayahku atuk instant!!

adik2 aku dgn (kiri) azmi & (kanan) ikhmal

Thursday, October 11, 2007

sama tapi tak serupa

aku pernah rasa jatuh cinta. aku pernah rasa di sayangi. ye. aku amat bahagia. dan ketika itu aku rasa bagaikan dunia aku yg punya <-- cam lagu kan? hehehe. dia. cukup sempurna di mata aku. walaupun desas desus hasad dengki menyelinap ke telinga aku. aku abaikan. manusia mana perfect kan? kisah dulu. biarkan lalu. mulakan hidup baru. alhamdulillah. dia tidak perlu kaya. tidak perlu kacak paras rupa. tapi sayang dan cinta dia. buat aku rasa dia perfect. aku sgt bersyukur. dari situ. aku belajar asam garam kehidupan. liku2 kehidupan. seronokkan. pahit manis sama di kongsi. sama di rasa. sama akhirkannya. jatuh bangun bersama. susah senang bersama. bayangkan saja waktu itu. aku akan tersenyum.

tapi. yg indah tu kan sementara. dia telah pergi. nak salahkan siapa?

life must go on. jln ke depan tanpa pusing belakang. sampaikan aku jumpa sesorg yg ada paras rupa mcm dia. karakter tade beza. aku mengharapkan sesuatu dari nya. sama. gelak tawa jalan hidup pun sama. sama aja ape yg aku lalui dgn nya. tapi hakikatnya. dia tak serupa. dia bukan org yg pernah membahagiakan aku. dia bukannya org yg pernah berkongsi hidup dgn aku. walau sama tapi tak serupa. org yg pernah melalui hidup yg sempurna dgn aku telah pergi. sgt2 jauh dari hidup aku. aku tak perlu hipokrit. tinggalkan aja org ini. aku pergi jugak.

betul kata org tua. sama tapi tak serupa.

Wednesday, October 3, 2007

Happy Birthday Adib

first of all...
happy birthday to my younger brother (Adib).. yg ke-17.. good luck for ur spm this year and wish all ur dreams come true.. sorry awal2.. tak dpt bagi hadiah for this. i really need money to do some other thing.. takpe.. hadiah tu bila2 leh beli kan? yg penting aku tak lupa nak wish harijadi dia... dan tak lupa gak pada kwn aku yg tarikh lahirnya jatuh pada 3 october!! happy birthday...

Adib : dia nih antara adik aku yg paling senyap gak.. jarang gak nak tgk dia kat umah. dia aktif dgn ko-kurikulum kat sekolah cam pengakap, pengawas then macam2 lagi... dia jugak adik aku yg alhirnya sama bulan dgn aku.. october beb!! hehehhee... dia awal bulan dan aku hujung bulan.. yg penting kami sama 3 ok... adik aku yg sorang nih memang simple. ala kadar je. yg penting dia nih.. walaupun laki, dia pandai masak. mewarisi kebolehan mak aku sebagai chef. erm.. dia ni lagi hebat dari aku tau!! kalau aku lapar selalu pun dia la masakkan.. untungkan aku sebagai kakak? hahaha

Accident berleluasa :
dah menjadi kebiasaan. bila musim perayaan je.. bykla accident. bulan ni je aku dah nampak 3 accident. 2 kat puchong. tmpat yg sama lak tuh malam pkl 12 - 2 pagi camtuh la.. then petang tadi kat sg besi.. waktu buka puasa.. tak tahu la melayu ke cina ke ape.. yg penting accident tuh teruk gak sebb dah melibatkan jam yg panjang dua2 belah lane dan jugak pertolongan dari bomba, pasukan penyelamat. semoga dia terselamat. pengajaran pada pemandu di musim perayaan ni.. berhati2 di jalan raya. yg balik kampung dan perjalanan yg jauh, take a break, petronas cam iklan kat tv tuh <-- tiru cam iklan nih.. insyaallah semua selamat..

Monday, October 1, 2007

Chili's KLCC with Ejai

hi all..
cubaan untuk dtg opis awal gagal lagi! hampeh betulkan!! bapak aku kata nak belikan jam loceng yg annoying tuh untuk aku.. tp tu la.. sekadar gurauan je.. sbb bapak aku ingat aku main2 kot gi keje lambat!! serius!! kecian gak tgk aku nye team lead kena call aku.. ahahahh!!! sory babe!! mmg aku nak gi keje awal.. aku takleh tido, bila dpt tido takleh nak bangun lak.. takpe.. aku cuba lagi ari seterusnye!!! korang bagi la kata2 semangat!!

petang ni, kena rush gi kl. nak berbuka kat chili's. aku janji 5.45 sampai klcc sebab takleh buat reservation... siot je!! tapi sorry awal2... aku akan sampai lambat!! hahaha.. dari cyber nak ke kl mmg jam gile.aku sampai 6.40.. okla kan.. tunggu jap je bukan nye lama.. bagi chance order makanan untuk aku. nasib baik feveret aku pun ada... oh! Molten Chocolate Cake!! marvellesss!! bayangkan coklat dia.. fuh!! dgn starter pun dah best.. triple plate!! sizzling fajitas + oldtimer burger!! pergh!!! untuk 2 org makan je.. jam jugak la perut time tuh!! tapi yg paling best tuh sebab org belanja.. tenkiu2 so much en Ejai!! next time blanje lagi.. moga2 murah rezeki dan segala musibah yg melanda di tempuhi dgn selamat... okeh!! ni ha.. tgkla gambarnye.. yg lain tak sempat nak cari. sorryla.. gambar copy dari internet sebab tak bawak camera pun!! ahahahaa...

* triple plate!! - pergh!!! kenyang babe!!

*Molten Chocolate Cakes - fuh!! rasa nak lagi!!

ps: sesape nak gi chili's.. meh la ajak aku skali k!!

Wednesday, September 26, 2007

Viet Passion

i was rush to kl tapi jam lak kat susur keluar ke sg besi!! rupa2nya ada satu lori yong taufu (fat boy) mati kat tgh2 jalan. then dah block satu jalan lagi. no wonder jam... rasa nak je turun bagitau kat driver lori tu suruh dia tolak lori dia ke tepi sebab jam start dari putrajaya! hampeh kan!! nasib baik bulan puasa.. hehehhe.. hurm!! ayien park keta kat menara UOA then ramai2 (ayien, aku, nana, jude n lupe lak nama apek nih! hahhaha) jalan kaki le ke klcc sebab d' and budin ada dah kat sane. nak reserve meja kat madam kwan's!! tapu tula.. madam kwan ke mana dia ntah ke mana. then dia sempat reserve meja kat Viet Passion - Viatmese Cuisine.. confuse nak makan ape.. the only ayam percik vietnam je yg menarik perhatian.. order la..!! yg paling best kat situ!! air dia.. ais lemon tea dia kena bancuh sendiri ok... kurang manis leh.. terlebih manis pun boleh!! later try lagi la yg lain.. itupun order sebab nak buka dah!!