Saturday, September 19, 2009

I just hate..

a very-very good morning! today is last puasa, esok dah raya, tapi aku masih blom shopping. rasa2 xnak beli baju raya tapi mak kata nak amik gambar family. so, japgi la beli. urgh!! (benci bila teringat betapa sesaknye org. well, hari ni je aku free) lagi benci tahun ni nak sama kaler, purple. aku tibai je mane purple yg aku rasa cantik japgi. kenapa x pilih free kalerrr??? (chill wida... esok kan raya... tadi kan dapat duit raya.. ahaks!!)


oh ya. sape kata dah besar takleh dpt duit raya? aku blom kahwin ok... hahaha.. malu ok bila fikir-fikir. benci perasan ini. tapi kan rezeki kan takleh di tolak. (untung wida, leh rolling duit raya untuk anak2 buah pulak.. save.. :p) raya o raya...


raya? ziarah kubur, makan lemang umah jiran (sodappp den raso..), kuih raya, open house, raya gathering... biaso2 je... semua tuh penambah berat badan aku. time ni aku terasa sgt benci sebab takleh nak control makan. (ajaibnye wida, bulan puasa tahun ni berat turun 5kg...) surpriseee!!!


minggu satu lagi ada tetamu nak dtg umah. aku ok je. tapi kenapa yg lain cam nerves dari aku? bukankah setiap yg dtg mesti bawak khabar berita?? baik atau tidak let it be.. yg korang lebih-lebih kenapa?? benci saat-saat mcm ni. (smile wida, biar diorg nerves tgk aku yg hati kering pulak..) org datang pun takleh... cuti-cuti malaysia la.. tak rock la korang!!!
dan itu sahaja nak bebel sebelum raya. yeayyy... esok raya. tahun ni aku puasa penuh!!! takyah ganti2 dah... (macam pernah ganti cukup..???)


selamat hari raya, maaf zahir dan batin. lagi skali. minta ampun apa yg tersalah dan terkasar bahasa.. pandu selamat, raya pun selamat.. peace!!!

Monday, September 14, 2009

di JW Mariott

tinggal beberapa hari lagi nak raya. aku tgk orang dah sakan shopping sana sini. beli baju raya, kuih raya, rumah raya, kasut raya, sedia duit raya dan mcm2 lah. aku? hanya ada sampul raya je. apepun belum di sediakan. last day puasa masih sempatkan..? ;) tahun ni tersangatlah sibuk. alhamdulillah. bisnes kedai makan family aku so far murah2 di limpahi rezeki. aku pun. melimpah-limpah peluh keringat bagaikan. tapi apepun, aku still curi masa berbuka kat luar dgn kawan aku sorang ni. sape lagi? my lovely2 friend..

malurian's

mama, ibu, mummy aliesha


dan aku rasa ini adalah entri terakhir untuk bulan puasa tahun ni. dan aku ingin ambil kesempatan untuk meminta maaf apa yg patut, salah silap, terkasar, terkutuk, termaki, ter-dan segala ter sama ada di sengajakan atau pun tidak di sengajakan.. minta maaf lah ye. 0-0!!


dan juga selamat hari raya pada semua umat islam. berhati-hati sama ada di jalan raya dan semasa makan... ;)

Saturday, August 29, 2009

saturday fever

talk to myself. " I need to be strong at this moment"

Friday, August 28, 2009

puasa ke enam

At lasttt... aku nak update jugak pasal berbuka pada puasa ke enam. dah tentulah pasal makanan dan gambar makanan.. hehehe..

ceritanya, semalam(puasa ke-6) kami plan berbuka di KLCC. yela.. KLCC je yg paling dekat nak balik. bukan nak riak tapi ini benernyee.. satu station je bezanya kalau di bandingkan dengan midvaley kan? (dah lama x gi midvaley.. sedeyyhh!) ikut kata adik aku. makan foodcourt je tapi ikut kaki dan mata aku. Nando's mcm lagi menarik. so, aku pun tertarik ke dlm Nando's. sighh!!

Berikutnya adalah gambar

sempat gi sasa, watson, nose bagai... sempat jugak beli mascara.

what the fisshh!!! muka makin banyak jerawat.. "kalau jerawat banyak bf banyakla" - kata2 adik aku yg paling bongsu! series aku tak tipu. Feningg ai..

dia kata fesyen rambut ala 70's - iyekan aje..

ini makanan kami. sorry gambar di kecikkan. menggelak sebarang kemarahan dan kebarangkalian LAPAR. ;)

strawberry tart frm sun moulin isetan. yummyyy!!!

dan antara banyak-banyak benda. aku paling nak snap gambar lukisan ni. aku dah lupa dah nama dia. tapi sgt sukakan lukisan ini. ayam o ayam. pelukis dia berasal dari kedah kot.

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa

First of all. selamat berpuasa pada semua umat islam. moga-moga tahun ni di lalui dengan mudah. insyaallah...

semua org pun tahu. bulan puasa. puasa, lapar, buffet, pasar ramadhan, makan, kenyang, terawih dan juga sahur. Kami sahur biasa-biasa je tp kami lebih kepada berbuka. pasar ramadhan di kampung baru, bukan di pintu gerbang.. yg nak aku citekan ni di jalan raja uda sejalan dgn se-alamat dgn aku. tade ape pun cuma paling hot dan tip top kat pasar tuh ialah murtabak saje. sebabnya pkl 4 saje dah ramai orang beratur. hot dan tip top la tuh kan... hehehhe...

gambar ni tade pape cuma imej baru saya




Thursday, August 13, 2009

moody

semenjak pulang dari kampung. perasaan aneh ini sentiasa mengikut aku. seumpama lagu iklan Digi.. ♫♪ i will follow u ♫♪... benci!

love yourself

:: cameron yg sejuk ::

oh! minggu lepas aku dan cousin2 aku merancang untuk ke cameron pada hujung minggu ni. seingat aku, aku blom pernah jejakkan kaki ke sana melainkan genting.. best ke cameron?



membayangkan musim-musim sejuk begini. bolehkah aku tahan..???

Wednesday, August 12, 2009

kampung o desa tercinta..

aku admit dgn kata orang tua-tua. hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri masih lagi best. haduh!! ber-peribahasa pulak aku semenjak dua menjak nih. ini semua gara-gara aku jadikan membaca sebagai hobi terbaru selain hobi rutin ku. makan! hehehe..

tahun lepas 8.8.08 - best friend aku. selamat di nikah! tahun ini 8.8.09 - cousin yg paling rapat dengan aku lak selamat jugak.. apakah pula akan berlaku pada 8.8.10? adakah aku? wahahahaha... sayangnya aku tidak berapa gemar nombor lapan. dan kisahnya...

hari jumaat lalu, aku dgn adik sama-sama berangkat pulang ke kampung meraikan perkahwinan cousin aku iaitu Johnny & Cherry. "excuse me.. this is thai wedding or farang?" - tanya salah seorang yg lalu depan umah majlis. maklum tak dpt kad so sibuk2 tanya manalah tahu di jemput masuk skali.. hahahaha...

** farang : mat saleh

to cherry - welcome to our family. actually kami ni related aje..



kesimpulan majlis ini. im happy. semua pun happy. masakan sedap! everything puas hati. tip top!! yg penting ayah asyik tersenyum orang dok puji anak & isteri cantik2.. ai pun malu gak mendengar.. tq tq.. hahahaha...

but.. selain happy ada juga yg surprise + unexpected + blur = pity me!! ;)
yes.. pity me!! dari demam terus aku sihat terkejut punya pasal (semalam masih risaukan H1N1.. ari ni risaukan benda lain pulak...) dan buat pertama kalinya aku buat mak & ayah tersenyum lebar tanpa sebarang masalah.. piece!! sila.. sila.. senyum. anakmu ini sudah besar rupanya!!

dan perkara wajib sebelum pulang ke KL. makan-makan dan snap-snap!!