Tuesday, October 28, 2008

Congratulation Sam & Kelly

meh update skit last weekend yang busy. since dah lama tak tgk wayang. aku dan cousin2 aku gi tgk high school musical. adik2 aku. padan muka. aku tinggal je kat umah. sebab korang mengada2 lebih kali ni. malas aku nak layan. hahahahhaa... sebelum tuh melantak dulu kat Johnny's. gambar kat diorg. aku tak sempat upload rini. movie nih enjoy. aku suka. cinema penuh budak kecik. hahahaaha...

tak merasa nak dok diam. kaki ni nak je join sekali menari.

malam tuh. wina ajak aku lepak BB. pekena kopi kat coffee bean. borak sampai mulut berbuih. pastu lapar. kitorg sesama sambung lepak kat hartamas lak. makan lagi.

ni perkara wajib di hartamas : fried oyster & egg

ikut suka korang panggil ape. siput buluh leh, pepahat leh.

lala. sedap gile

char kuey teow.

dah. dah. ni sabtu di hartamas.

ahadnye ke sunway. makan nasi kenduri lak. selamat pengantin baru Sam"carlito" & kelly. purple kau eh.. ayam penyek, nasi minyak, lauk2 lain. tak ingatlah namanya. OK! pastu. kitorg, cikna, abah, wan gi pyramid. masing2 lama gile tak gi sana. lain benar dan seperti biasa. kitorg sesak. hahaahaha... cikna beli present untuk ehem2. kerlass...

carlitooo.. hahahaha. kawin tak kawin sama je..

ahad. abis, isnin lak. mula2. happy diwali/ deepavali aunty marry. bercuti seminggu kat perak. matila sape tade sape nak wat kopi, mop lantai. membebel.. "isap rokok?" hahaha.. dialog pasti setiap pagi. hahahaha... kesanggapan di umah. idea bernas dari adik aku buat kek setakat mencuba. nasib baik menjadi jugak kek coklat walaupun tersalah isi kandungan sedikit.

ni pun tade gambar.

Friday, October 24, 2008

opis ku sambut raya gathering.

isnin lepas opis aku. sambut raya gathering. makanan byk. rendang, lemang, nasi himpit, masak lodeh, kuah kacang, meehoon, mee, nasi tomato, lasagna, kuih raya, kuih lauk ape ntah.. sedap semuanya lah.

makann ~~ makan~~

pas makan. tak sah kalau tak bergambar kan. group la, personal la, geng2 la.. kapel2 la, skandal la.. opst!! terlebih sudaaa... hahahha..

tapi.. mana duit raya?

ni la hasilnye berangan.


ni gambar kawan2. sugar high dah nih!


ni group aku. "nama group kami CUBE'S"


ni keseluruhan opis aku. ramai gak rupanye...

makan sedap. amik gambar banyak. happy... tp yg best nye... next day HR kitorg MC sakit perut. hahahaa... ramai gak sakit perut.. well.. mana taknye. perut pun terkejut... semuanya nak telan!!..

"selamat hari raya sekali lagi"

Monday, October 20, 2008

dedicate to Chris.

minggu lepas. wan & abah testing-testing camera diorg. kononnya nak amik gambar mummy. tapi aku pun. turut ter-serta sekali untu sesi testing-testing 1..2..3.. kerlas.. meh tgk ni hasil kerja mereka.

kami sama pregnant. hah. hah. hah!

"aku tak ready lagi hoke.."

haaa. gitu. chris sebenarnye diam-diam k... wait for you.. ARIANA!!!

diorg nih? fotografer pun suka pose! amik korang.

Tuesday, October 14, 2008

ini kan raya.

Selamat Hari Raya. masih di bulan ramadhan aite? mesti ramai yg gigih kunjung mengunjung. yg buat open house.

insyaallah. mudah-mudahan di murahkan rezeki. yg kunjung-mengunjung. alhamdulillah. eratkan siratulrahim plus kenyang perut. dan tak jugak. yang bertunang, kahwin. tahniah kawan-kawan. yang masih dgn mood raya. dah!dah!! keje. keje!!

rasa pelik lak menaip. ngeee. biasanya pun aku main taip je. mcm kata kawan aku. blog aku nih kena baca 2 kali baru faham. minta maaf la kawan-kawan. saya mmg begini. heeeheehee..

di samping cuti-cuti + panas yg leh tahan nih. aku sempat gak berpiknik. sambil-sambil makan lemang, kuih raya + hulur duit raya. smmgnye best larikan diri di beriadah. itukan seruan kerajaan.. betul eh?

raya ke-3. adikku nye birthday. oh tak lupa gak. usetat kawan opis aku. dan beberapa kerat yg aku kenal se-tarikh nih. happy birthday kalian. kami adik beradik kecuali opik, gi makan domino's. pastu kami tak kira muda atau tua. sekali lagi beristirehat di arked. saje layan adik aku. terasa belasan tahun rasanya. nah! sebijik kek!!!

adib dan kek dia!

nah. ni la adik-adik aku! manja nak kek!

open house oh open house. sorry to hana & apin. umah terbuka korang tak sempat aku singgah. aku di seharian di seremban. kawan aku tunang. sorry eh! tak makan lemang pun aku tahun nih! sedey...

tunang satu ikatan. congrate Ira & kakak ejai. semoga ikatan ni biarlah sampai ke-tua hendaknya. betulke ucapan aku nih? oh ya. Ira. ko mmg cantik ari tuh..

kawan². ni tunang eh. majlis grand ala-ala kahwin gitu!. kerlas ira!!

tu dia. aku. kenapa ntah begitu rupanya.

ni tade kena mengena dgn entri kali ni. aku suka je.
krdt to abah!

Thursday, September 18, 2008

bab makan no satu!

teet teet.. teet teet. (camtula lebih kurang bunyi mesej/sms henpon aku. fon biasa je)
"wid, buka puasa jom.."
"ko organise ek berbuka kat ne.."
"dah tak reti-reti nak berbuka puasa dgn kita dah ke..?"
"nak buka puasa kat kedai ko leh..."
"bila ko ada kat kl? buka puasa jom..."
"shopping raya jom.."

dan bla bla....
tu dia. mcm-mcm mesej dpt. tapi tak tau nak gi mane satu.

selasa aku balik ke kl. cuti nuzul al-quran. selangor je. aku menyinggah ke Times Square untuk amik rubber stamp & antar printing kat apek skali. pastu, nak balik cam masih awal. jalan-jalan dlm mall tuh. nak beli coklat untuk abit tapi aku jumpa ni dulu. beli vienna bagel. yg cheese tuh. sedapnye.

sikit-sikit je gambar

Fish Spa
pandai betul promoter tuh. amik hati aku betul. suka aku. mana taknye. dia ckp umur aku cam 20-22 tahun. yg lebih-lebih tak sesuai. "nampak muda la u nih" hahaha. kalau adik aku dgr. mau dia guling-guling gelakkan aku. well. tima kasih atas pujian. aku masukla testing-testing bermain dgn ikan-ikan itu. geli la. mmg bagus untuk aku. sebab lenguh mengerakkan mouse. duduk seharian la.. kulit kering dok dlm aircond je.. next time i cuba k!

mereka ni jinak. try!! gi try!!

dorsett regency
then wina call ajak buka puasa kat Dorsett. RM80++. okla. ada Dee Jangan Ketawa & the gangs, abg botak (lupa nama dia) adik putri (darjah 4 kalau tak silap) siap nyanyi lagu gemilang, adibah nor nye lagu, listen lagu beyonce.. kerllasss adikkkk... well, makanan? of course la tip top! sushi, lamb, oyster(besar betul) masakan melayu, spaghetti, & takkan aku nak sebut semua. nama pun buffet!! erm. lapar dah nih.

gmbar ni dari internet. aku tade camera.

Dee pun ada masak gak!
Krdt to: kosmo!

petang nih. makan nasi ayam. dgn wan dan apis! esok maybe buka dgn ejai. taktau lagi katne. aku tak kisah, ejai budget lak. haduhhh!! nanti aku update la ape yg patut.

Thursday, September 11, 2008

kawan-kawan happy birthday

owh. slurpp!! sedapnye.. katne nih? . ni lah hasilnya meninjau ke blog org. bulan puasa ni ramai benar letak gambar makanan dlm blog. tapi aku tak sehebat mcm tu. aku hanya tahu makan.

ahad. aku berbuka di Time Square bersama adik aku. mula-mula nak makan kenny rogers. stock abis. heran. salah budget kot. end up kami makan marry browns. 20% off untuk sesape yg berbuka puasa. cool

isnin. aku berbuka bersama neth.lie.apis. Nasi Ayam Sifoo. (Nasi Ayam Village kot nama dia..) aku order dry hor fun. dia bagi aku soup hor fun. hor fun kembang. perut aku kembung. elok. set RM9.90 je. full enough! sempat singgah secret receipi. oreo cheese cake.

selasa. celebrate birthday nini. aku. irza dan apis. fa suppose to join us. tak jadi. teringat kek aiskrim baskin robin izmi. takut cair. secret receipi sudey. chocolate indulgence so. kitorg makan kat Johnny's. set for 4 pax. RM59.90. full gile.

rabu. ofis group berbuka kat Flaming. Sunway. sebelah pyramid je. to celebrate in advance birthday neth & fazrul. kek? lagi. bluberry cake. stimboat lagi. buffet. lebih kurang cam kat kerinchi. tapi ni tade grill la. but RM19++. worth it. fulllll...

hari ni. aku stop la. aku buka kat umah. masak.

Happy Birthday september born!!!
Izmi x ingat la( thanx hana, for inviting me. erm. terpaksa.)
Nini 9 sept ( mari buka puasa sabtu nih)
Airil Apis 10 Sept( ko kahwin tahun ni eh? )
neth 11 sept( seoul bbq stimboat jom )

Thursday, September 4, 2008

Ramadhan Al-Mubarak. selamat berpuasa ye...

mula-mula
selamat menjalankan ibadah puasa untuk umat islam. erm. perayaan lain ada ke? kalau ada.. selamat jugak la.

aku rasa aku kreatif.

dah lama tak update. ni semua SPAM tuh nye pasal! jadi aku malas. tapi sebab nak wish selamat berpuasa nye pasal. aku masuk gak!! ngeee