Friday, November 28, 2008

kawan

sebanarnya nak hapdet pasal menghantar ayah bonda ke haji tp di sebabkan gambar tade so, aku batalkan niat tuh dulu. nanti bosan lak nak membaca. bukan org lainla.. aku sendiri pun bukan suka baca. oh. ayah bonda telah selamat tiba di tanah suci. alhamdulillah. even mcm2 berlaku.. diorg tabah gak hadapi semua tuh dengan penuh sabar. wish all the best. :-)
isk. mula lah ni aku nak nangis. over.

tapi ari ni aku just nak ckp. aku sgt bosan.

ni kawan2 aku dari zaman blaja kolej - volunteer kat petrosains - dan skrang keje di cyberjaya sama2... hahahha... dah nak hampir 8 tahun kitorg kenal each other. yg baik, yg buruk, yg kentut busuk, kami dah sama kenal.

tu jela. yg lain rahsia.

dan sepanjang ari aku buat ni je...


kawan aku ni. nak kawin dah bulan depan. ni pre shooting. cantikkan..?

colourful of me. bulat betul i.

sebelum dan selepas.

sesape nak aku editkan gambar ensem cenggitu.. meh aku tolong.

ps : wan. pinjam gambar eh!!

Saturday, November 22, 2008

kampung O kampung

•internet punya cerita•
sudah 4 ari di kampung tapi ari ni aku baru nak meng-update blog. sepatutnya aku perlu hari2 update sebab aktiviti harianku di sini hanya makan dan tido. cuma kadang2 perlu senyum kambing atau menggeliat je. kat sini hujan. malah banjir lagi. sebab tuh jugak internet putus2. jadi aku malas. (aku lagi teruja pada makanan) ngeh!!!

•kenduri makan²•
ari jumaat. parentku buat kenduri. jamu tetamu nasi. ayam. daging. kambing?. aku makan sekali je sebab pakcik makcik aku suka jeling aku bila aku nak masuk dapur. hampeh kan? well.. aku harus pandai coverline. benci rasanya. layan tv lagi best.

•anak mereka kembar•
cousin2 ku. ramai dah berumahtangga. kalau dulu bahasakan diri 'kau' atau 'aku'. sekarang, 'akak' atau 'abang'. well. dah kawin katakan. makin muda i. ngeee... nasib baik jugak. akak2... abang2 nih... nak beranak-pinak. kembar lagi. nenekku happy dah ada cicit. comel aje... ye. semua comel2..

Friday, November 7, 2008

rambut dan salon

di sebabkan aku tergodek2 album2 gambar dlm pc aku. aku jumpa nih. pastu terdetik kat otak aku cite pasal rambut. dan rambut aku skrang ni sgt tak cantik. stress.

nasib baik tak tutup mulut

kenapa rambut? sebab rambut memainkan peranan penting untuk wanita. betul kan? tp aku takla sehebat mane.. rambut aku nampak messy sebab aku sikat rambut selepas mandi je. aku tak suka sikat rambut. tp takpe. rambut aku messy seksi.. warghhh.. statement ari ni... haha..

aku nak cite skit pasal salon lak. bagi org2 yg suka gi salon mesti dah biasa sgt keadaan ni.
dialog2 biasa di salon.

"amoi. u punya lambut aa.. manyak gugur woo.. mesti mau letak ini vitamin. bla bla bla..."
aku redha. mmg la rambut aku byk gugur. chemical byk sgtkannn. semua org kot!!!

"aiyaa amoi.. tgk u punya lambut.. sini tgk.. (siap panggil adik aku eh.. hebat betul marketing) byk kering la u punya lambut... "
aku angguk je la. mane nampak.

"nanti saya kasi itu minyak lambut. kasi treatment.. kasi mati itu hujung lambut..." wahh.. promosi kaw kaw. say NO friend!!

"cantik aaa amoi.. sini potong.. sini potong..bla bla bla... tgk muka u.. nampak lagi muda aa..."
hellooo.. sebelum ni aku tua ke? mane cantiknyee... harusla aku jerit kuat2 kan!!

dan dari hasilnye. membulatkan lagi muka aku yg tersedia ada.

ni masa potluck raya eh. ok lagi la.. baru2 kan...

ni masa wedding sam. tgk rambut aku. ponytail di depan? apekah...

dan ari ni. minggu ni. kerana kempunan menunggu rambut panjang. demi menjaga perasaan. hiburkan hati. aku main game ni sally salon. gile cam kanak2. lagipun. aku tade keje kan... layankan je...

layan wooo...

Thursday, October 30, 2008

me-birthday-smile:)

ari ni birthday aku. tima kasih kawan2 yg wish kat aku. aku celebrate pun. sebab pada aku biasa je. specialnye. bila kawan2 still ingat birthday aku je. but i still miss someone on my birthday. erm.

ini kek keramaian

oh ya.
to ernest. get well soon.
to richard. get well soon too.
pakcik nih. amik masa satu jam nak taip msg untuk aku.

erm..
im goin back now. bye

Tuesday, October 28, 2008

Congratulation Sam & Kelly

meh update skit last weekend yang busy. since dah lama tak tgk wayang. aku dan cousin2 aku gi tgk high school musical. adik2 aku. padan muka. aku tinggal je kat umah. sebab korang mengada2 lebih kali ni. malas aku nak layan. hahahahhaa... sebelum tuh melantak dulu kat Johnny's. gambar kat diorg. aku tak sempat upload rini. movie nih enjoy. aku suka. cinema penuh budak kecik. hahahaaha...

tak merasa nak dok diam. kaki ni nak je join sekali menari.

malam tuh. wina ajak aku lepak BB. pekena kopi kat coffee bean. borak sampai mulut berbuih. pastu lapar. kitorg sesama sambung lepak kat hartamas lak. makan lagi.

ni perkara wajib di hartamas : fried oyster & egg

ikut suka korang panggil ape. siput buluh leh, pepahat leh.

lala. sedap gile

char kuey teow.

dah. dah. ni sabtu di hartamas.

ahadnye ke sunway. makan nasi kenduri lak. selamat pengantin baru Sam"carlito" & kelly. purple kau eh.. ayam penyek, nasi minyak, lauk2 lain. tak ingatlah namanya. OK! pastu. kitorg, cikna, abah, wan gi pyramid. masing2 lama gile tak gi sana. lain benar dan seperti biasa. kitorg sesak. hahaahaha... cikna beli present untuk ehem2. kerlass...

carlitooo.. hahahaha. kawin tak kawin sama je..

ahad. abis, isnin lak. mula2. happy diwali/ deepavali aunty marry. bercuti seminggu kat perak. matila sape tade sape nak wat kopi, mop lantai. membebel.. "isap rokok?" hahaha.. dialog pasti setiap pagi. hahahaha... kesanggapan di umah. idea bernas dari adik aku buat kek setakat mencuba. nasib baik menjadi jugak kek coklat walaupun tersalah isi kandungan sedikit.

ni pun tade gambar.

Friday, October 24, 2008

opis ku sambut raya gathering.

isnin lepas opis aku. sambut raya gathering. makanan byk. rendang, lemang, nasi himpit, masak lodeh, kuah kacang, meehoon, mee, nasi tomato, lasagna, kuih raya, kuih lauk ape ntah.. sedap semuanya lah.

makann ~~ makan~~

pas makan. tak sah kalau tak bergambar kan. group la, personal la, geng2 la.. kapel2 la, skandal la.. opst!! terlebih sudaaa... hahahha..

tapi.. mana duit raya?

ni la hasilnye berangan.


ni gambar kawan2. sugar high dah nih!


ni group aku. "nama group kami CUBE'S"


ni keseluruhan opis aku. ramai gak rupanye...

makan sedap. amik gambar banyak. happy... tp yg best nye... next day HR kitorg MC sakit perut. hahahaa... ramai gak sakit perut.. well.. mana taknye. perut pun terkejut... semuanya nak telan!!..

"selamat hari raya sekali lagi"

Monday, October 20, 2008

dedicate to Chris.

minggu lepas. wan & abah testing-testing camera diorg. kononnya nak amik gambar mummy. tapi aku pun. turut ter-serta sekali untu sesi testing-testing 1..2..3.. kerlas.. meh tgk ni hasil kerja mereka.

kami sama pregnant. hah. hah. hah!

"aku tak ready lagi hoke.."

haaa. gitu. chris sebenarnye diam-diam k... wait for you.. ARIANA!!!

diorg nih? fotografer pun suka pose! amik korang.