Wednesday, December 31, 2008

selamat tahun baru

pejam celik pejam celik. dah nak sampai hujung tahun. dah sampai pun hari terakhir bagi tahun 2008. bagi yg berjaya, tercapainya impian, complete eveyrthing.. congrate. bagi yg masih mencari-cari cubalah lagi tahun depan, 2009. pada aku, sepanjang tahun 2008 ni.. masih banyak yg perlu di baiki, semuanya masih separuh jalan, belum cukup sempurna. insyaallah.. tahun hadapan, 2009... aku akan lakukan sebaik mungkin. "aku harus tabah"

ari ni. 31st dec. ari jadi fa. housemate aku. "happy birthday fa.wish all the best..."

biasanya, petang2 camni jalan dah start jam. yg tak keje atau amik cuti awal dah bersedia. Dengan harapan "tahun baru, azam baru, hidup baru" ngeh! LRT pack tak ingat nye.. siap beroperasi sampai pkl 1 pagi. semata-mata untuk tgk bunga api. jeng jeng.. aku akan tengok dari tingkap umah sahaja. aku tidak pernah suka kesesakan lalu lintas apatah lagi kesesakan org ramai. migrain ok.. itulah lumrah.. setiap tahun juga serupa.. tapi tahun ini tidak serupa seperti tahun2 lalu..

biasanya bila aku dengar orang mengira.. aku mula excited.. 10,9....5,4,3,2,1...
"Selamat hari Jadi mak.."
tapi tahun ini. mak masih di tanah suci. mcm mane wish eh.. biasanya ayah atau mak akan call ke malaysia... erm... apepun... selamat hari jadi mak..

Tuesday, December 30, 2008

Jija & Aky kahwin

sabtu lepas. kak ja & aky selamat dah. kahwiiinnn.... meriah. pengantin siap menari lagi tuh. adik kak ja, nomy. dah pun selamat melahirkan anak lelaki yg aku dah lupa nama dia. cumel. besar mesti ensem. hahahaa.. kalau gi wedding diorg nih.. confirm ramai volunteer psb datang.. so reunion skejap la.. jumpa semua2 la.. yg dh kawin, yg dah ada anak, semua-semuala.. x-bf pun ada. hahahaha...

anak abg lan & kak ros. cumell...

selamat pengantin baru kak ja & aky. semoga berbahagia hingga ke anak cucu

volunteer alumni 2008 - bora ombak - ampang

sempat gak nak selit gambar volunteer alumni ari tuh. hehehe.. lama gile baru teringat... "kami ex-volunteer petrosains.." <-- hah hah hah hah...

antara x-volunteer yg berjaya dgn karier masing2.. <-- perlu ker??

Monday, December 22, 2008

Azwina & farid reception's

siapa duga. perkenalan di awal seusia belasan tahun. ketika baru mengenal alam dewasa. kini telah di satukan. ikatan janji melangkah ke alam perkahwinan... erm selamat pengantin baru. Wina & Farid. (20.12.2008)

nak cite skit. actually dua-dua kawan aku. then.....

wina. one of my best friend. and the only one who's really close to me. dari sekolah rendah sampai la skrang. we still keep in touch. kami tak pernah bergaduh. alhamdulillah. eventho dia ni rock2 skit but she's great!! omg! omg!... she's so beautiful. gorgeous. perfectly on her wedding day!!! terharu eh...

farid lak. mcm2 gelaran dia ada. farid gile, evon, hakimi dan tak tau lagi. faveret diorg panggil farid gile sebab dia ni selamba dia je. gile2 tapi actually he's good. a good husband & friend. even kid luv him so much. oh!! tak lama lagi jadi bapak. hahahaha...

**ucapan dari aku**

"selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke anak cucu. korang, dugaan yg datang, hadapilah dgn tabah. setiap hari tuhan menguji kita k. ingat satu perkara, aku sentiasa ada untuk korang... aku akan buat terbaik dari terbaik yg termampu... yg baik itu datangnya dari tuhan, yg buruk itu dari kita.. wish all the best!!!"

aku si penyibuk!

kek ini bukan dummy!

perfectly!

malurian's - saksi pertemuan

**happy birthday wina**

selesai majlis malam itu. we all. buat surprise party (kecil-kecilan je). we all celebrate birthday wina pada malam tuh. tpt pkl 12. dia cukup 25 tahun! cuma kami lewat 1 jam je sebab wina kena tahan dgn family takleh kuar.. ngee~~~ anyway, thanx to chams for sponsoring hagen daz chocolate ice-cream. sedap gile. party ice-cream la malam tuh!!! gambar tade buat masa nih!!!

**welcome baby Ariana**
dan tiba-tiba... masa tgh update blog nih. got mms from clint- chris dah selamat melahirkan baby. Ariana... Omg. she's so cute!!! tak sabar nak tgk live. welcome to the real life, Ariana.

Wednesday, December 17, 2008

kesibukan

sejak akhir-akhir ni agak sibuk untuk menaip. apatah lagi nak meng-update. awal bulan november yg lepas. aku kan cuti-cuti di kampung. tgkla previous entri. kalau tak baca la k. tujuan utama menghantar ayah dan mak menunaikan ibadah haji. perasaan gembira yg sukar di gambar sbb kedua ayah dan mak dpt melaksanakan ibadah haji pada usia yg agak muda bagi mereka. hurm. mereka masih muda. anaknya pun masih muda2 iye.. ehem ehem.

ayah

mak

mak ckp kami cumel ari tuh. nge~~~


*cuti-cuti december *
saje aku bawak adik & sedara + pembantu mak aku jalan-jalan. bawak tgk pokok krismas besar kat malaysia nih. yang penting semua enjoy....

abit

vedas.mawi.abit

vedas.mawi.abit

pavilion xmas tree

klcc xmas tree


sii xmas lunch
sii tuh nama singkatan opis aku. tuan punya company ni org german. setiap tahun wajib diorg celebrate xmas party. mcm biasa exchange gift dan makan puas2! makanan tip top!! sedap!! dan juga cupcake cumel dari aton. tima kasih kengkawan sbb hadiah korang semua best2... yg tak best, buangkan aje. then. budak2 opis aku enjoy sgt sebab takyah buat keje plus bagi extra cuti lagi. hohohoho...

warga sii

hadiah dan aku

gambar profile. ngeh ngeh!!!

Friday, November 28, 2008

kawan

sebanarnya nak hapdet pasal menghantar ayah bonda ke haji tp di sebabkan gambar tade so, aku batalkan niat tuh dulu. nanti bosan lak nak membaca. bukan org lainla.. aku sendiri pun bukan suka baca. oh. ayah bonda telah selamat tiba di tanah suci. alhamdulillah. even mcm2 berlaku.. diorg tabah gak hadapi semua tuh dengan penuh sabar. wish all the best. :-)
isk. mula lah ni aku nak nangis. over.

tapi ari ni aku just nak ckp. aku sgt bosan.

ni kawan2 aku dari zaman blaja kolej - volunteer kat petrosains - dan skrang keje di cyberjaya sama2... hahahha... dah nak hampir 8 tahun kitorg kenal each other. yg baik, yg buruk, yg kentut busuk, kami dah sama kenal.

tu jela. yg lain rahsia.

dan sepanjang ari aku buat ni je...


kawan aku ni. nak kawin dah bulan depan. ni pre shooting. cantikkan..?

colourful of me. bulat betul i.

sebelum dan selepas.

sesape nak aku editkan gambar ensem cenggitu.. meh aku tolong.

ps : wan. pinjam gambar eh!!

Saturday, November 22, 2008

kampung O kampung

•internet punya cerita•
sudah 4 ari di kampung tapi ari ni aku baru nak meng-update blog. sepatutnya aku perlu hari2 update sebab aktiviti harianku di sini hanya makan dan tido. cuma kadang2 perlu senyum kambing atau menggeliat je. kat sini hujan. malah banjir lagi. sebab tuh jugak internet putus2. jadi aku malas. (aku lagi teruja pada makanan) ngeh!!!

•kenduri makan²•
ari jumaat. parentku buat kenduri. jamu tetamu nasi. ayam. daging. kambing?. aku makan sekali je sebab pakcik makcik aku suka jeling aku bila aku nak masuk dapur. hampeh kan? well.. aku harus pandai coverline. benci rasanya. layan tv lagi best.

•anak mereka kembar•
cousin2 ku. ramai dah berumahtangga. kalau dulu bahasakan diri 'kau' atau 'aku'. sekarang, 'akak' atau 'abang'. well. dah kawin katakan. makin muda i. ngeee... nasib baik jugak. akak2... abang2 nih... nak beranak-pinak. kembar lagi. nenekku happy dah ada cicit. comel aje... ye. semua comel2..

Friday, November 7, 2008

rambut dan salon

di sebabkan aku tergodek2 album2 gambar dlm pc aku. aku jumpa nih. pastu terdetik kat otak aku cite pasal rambut. dan rambut aku skrang ni sgt tak cantik. stress.

nasib baik tak tutup mulut

kenapa rambut? sebab rambut memainkan peranan penting untuk wanita. betul kan? tp aku takla sehebat mane.. rambut aku nampak messy sebab aku sikat rambut selepas mandi je. aku tak suka sikat rambut. tp takpe. rambut aku messy seksi.. warghhh.. statement ari ni... haha..

aku nak cite skit pasal salon lak. bagi org2 yg suka gi salon mesti dah biasa sgt keadaan ni.
dialog2 biasa di salon.

"amoi. u punya lambut aa.. manyak gugur woo.. mesti mau letak ini vitamin. bla bla bla..."
aku redha. mmg la rambut aku byk gugur. chemical byk sgtkannn. semua org kot!!!

"aiyaa amoi.. tgk u punya lambut.. sini tgk.. (siap panggil adik aku eh.. hebat betul marketing) byk kering la u punya lambut... "
aku angguk je la. mane nampak.

"nanti saya kasi itu minyak lambut. kasi treatment.. kasi mati itu hujung lambut..." wahh.. promosi kaw kaw. say NO friend!!

"cantik aaa amoi.. sini potong.. sini potong..bla bla bla... tgk muka u.. nampak lagi muda aa..."
hellooo.. sebelum ni aku tua ke? mane cantiknyee... harusla aku jerit kuat2 kan!!

dan dari hasilnye. membulatkan lagi muka aku yg tersedia ada.

ni masa potluck raya eh. ok lagi la.. baru2 kan...

ni masa wedding sam. tgk rambut aku. ponytail di depan? apekah...

dan ari ni. minggu ni. kerana kempunan menunggu rambut panjang. demi menjaga perasaan. hiburkan hati. aku main game ni sally salon. gile cam kanak2. lagipun. aku tade keje kan... layankan je...

layan wooo...