Thursday, September 18, 2008

bab makan no satu!

teet teet.. teet teet. (camtula lebih kurang bunyi mesej/sms henpon aku. fon biasa je)
"wid, buka puasa jom.."
"ko organise ek berbuka kat ne.."
"dah tak reti-reti nak berbuka puasa dgn kita dah ke..?"
"nak buka puasa kat kedai ko leh..."
"bila ko ada kat kl? buka puasa jom..."
"shopping raya jom.."

dan bla bla....
tu dia. mcm-mcm mesej dpt. tapi tak tau nak gi mane satu.

selasa aku balik ke kl. cuti nuzul al-quran. selangor je. aku menyinggah ke Times Square untuk amik rubber stamp & antar printing kat apek skali. pastu, nak balik cam masih awal. jalan-jalan dlm mall tuh. nak beli coklat untuk abit tapi aku jumpa ni dulu. beli vienna bagel. yg cheese tuh. sedapnye.

sikit-sikit je gambar

Fish Spa
pandai betul promoter tuh. amik hati aku betul. suka aku. mana taknye. dia ckp umur aku cam 20-22 tahun. yg lebih-lebih tak sesuai. "nampak muda la u nih" hahaha. kalau adik aku dgr. mau dia guling-guling gelakkan aku. well. tima kasih atas pujian. aku masukla testing-testing bermain dgn ikan-ikan itu. geli la. mmg bagus untuk aku. sebab lenguh mengerakkan mouse. duduk seharian la.. kulit kering dok dlm aircond je.. next time i cuba k!

mereka ni jinak. try!! gi try!!

dorsett regency
then wina call ajak buka puasa kat Dorsett. RM80++. okla. ada Dee Jangan Ketawa & the gangs, abg botak (lupa nama dia) adik putri (darjah 4 kalau tak silap) siap nyanyi lagu gemilang, adibah nor nye lagu, listen lagu beyonce.. kerllasss adikkkk... well, makanan? of course la tip top! sushi, lamb, oyster(besar betul) masakan melayu, spaghetti, & takkan aku nak sebut semua. nama pun buffet!! erm. lapar dah nih.

gmbar ni dari internet. aku tade camera.

Dee pun ada masak gak!
Krdt to: kosmo!

petang nih. makan nasi ayam. dgn wan dan apis! esok maybe buka dgn ejai. taktau lagi katne. aku tak kisah, ejai budget lak. haduhhh!! nanti aku update la ape yg patut.

Thursday, September 11, 2008

kawan-kawan happy birthday

owh. slurpp!! sedapnye.. katne nih? . ni lah hasilnya meninjau ke blog org. bulan puasa ni ramai benar letak gambar makanan dlm blog. tapi aku tak sehebat mcm tu. aku hanya tahu makan.

ahad. aku berbuka di Time Square bersama adik aku. mula-mula nak makan kenny rogers. stock abis. heran. salah budget kot. end up kami makan marry browns. 20% off untuk sesape yg berbuka puasa. cool

isnin. aku berbuka bersama neth.lie.apis. Nasi Ayam Sifoo. (Nasi Ayam Village kot nama dia..) aku order dry hor fun. dia bagi aku soup hor fun. hor fun kembang. perut aku kembung. elok. set RM9.90 je. full enough! sempat singgah secret receipi. oreo cheese cake.

selasa. celebrate birthday nini. aku. irza dan apis. fa suppose to join us. tak jadi. teringat kek aiskrim baskin robin izmi. takut cair. secret receipi sudey. chocolate indulgence so. kitorg makan kat Johnny's. set for 4 pax. RM59.90. full gile.

rabu. ofis group berbuka kat Flaming. Sunway. sebelah pyramid je. to celebrate in advance birthday neth & fazrul. kek? lagi. bluberry cake. stimboat lagi. buffet. lebih kurang cam kat kerinchi. tapi ni tade grill la. but RM19++. worth it. fulllll...

hari ni. aku stop la. aku buka kat umah. masak.

Happy Birthday september born!!!
Izmi x ingat la( thanx hana, for inviting me. erm. terpaksa.)
Nini 9 sept ( mari buka puasa sabtu nih)
Airil Apis 10 Sept( ko kahwin tahun ni eh? )
neth 11 sept( seoul bbq stimboat jom )

Thursday, September 4, 2008

Ramadhan Al-Mubarak. selamat berpuasa ye...

mula-mula
selamat menjalankan ibadah puasa untuk umat islam. erm. perayaan lain ada ke? kalau ada.. selamat jugak la.

aku rasa aku kreatif.

dah lama tak update. ni semua SPAM tuh nye pasal! jadi aku malas. tapi sebab nak wish selamat berpuasa nye pasal. aku masuk gak!! ngeee

Tuesday, August 26, 2008

aku dah reti nak elak dah.

oh. ada satu perkara yg betul2 aku rasa nak jerit kat telinga org tuh. ataupun menjerit kat depan muka sambil air liur aku nih cam tersimbah melekat kat muka dia. SORRY. ni sebab aku sgt GERAM.

wan. apis. chris. remember this story?

aku pakai headphone konon-konon dengar lagu padahal. satu haram lagu pun aku tak pasang.

annoying!

ingat tak korang? ingatkan.. korang nak tau!! dia buat lagi. aku tak sure la dia ni cm ne nye org. im not closed to him. im not too friendly dgn dia pun. ape-ape pun. aku tak tau. i just know. or call him. "artis sgt" tu semua atas sebab-sebab sendiri. *&^%^%$##@@@$%^_))_ wat ever!

he would know. aku ckp pasal kau! sbb nobody like him.
please mind ur manner since ni ha.. merdeka. merdeka urself pls

well..
selamat hari merdeka.

sejuk jap hati. takmo marah²!

oh. dah abis marah dah. semalam aku layan gossip girl. cantikkk... baju.. kasut... (neth belikan aku kasut.. perhap!) hish! hehehe. Penn Badgley. ensem. dia mengingatkan aku pada seseorg. nama di rahsiakan. bila eh. ketemu lagi?

Monday, August 18, 2008

u want some?


Friday, August 15, 2008

wina&kimi - tahniah

• sopan santun day of wina&kimi •
tahniah wina&kimi. selamat jugak korg di ijabkabul. sekali lafaz je. plus tok kadi lak yg tersasul.

"kalau kita berdepan dgn musuh. jgn takut. kita lawan/gertak skit je. mcm aku. masa dia sebut nama wina tuh, aku tekan tgn dia. hahaha.. tu yg tersasul.." tu dia ayat-ayat dah lega pas akad nikah.

wina cantik sgt ari tuh. hantaran, bilik tidur pengantin, wangian umah, pelamin dan semua-semua la warna maroon. semua dia sorang yg buat. gigih betul kawan aku sorang nih

wina, if u read this
"sorry, aku tak stay sebelah kau that day. aku nak sgt. aku tahu betapa kau perlukan aku. tapi wina, kau tahu kan. tinggal beberapa hari sebelum kau nikah. mcm-mcm berlaku kat aku. berkali-kali serentak. dan aku risau. kalau-kalau aku ter-sebab ter-rosak majlis kau. alhamdulillah sgt. semua nya lancar. aku lega gila" but i have to go. my family side lak still perlukan aku.


keje meng-gila je. both are my best friend ever!

• selamat ari jumaat •
tadi aku ke alamanda. hah. bank tutup lunch hour. tak perasan i bank ni ada lunch break gak.. bank. knp la tiba-tiba ari sabtu tak buka. mcm dolu-dolu. senang keje aku. x yah nak mintak half day la. xyah nak break smpai 3 jam la. tak pasal-pasal potong gaji. mcm tututututut!! opst!! ari ni kan ari jumaat. behave ur word girl! sementara tunggu punya tunggu. ter-shopping. semua di sebab oleh nichii.

dan aku. sempat ter-shopping gak. oh. aku nama kan minggu ni minggu ter-guna duit. sebb aku sibuk membayar dan mengguna duit. same la tuh!!

have a good weekend. bye.

Thursday, August 14, 2008

aku kepingin (perangai camni ka aku?)

• jakarta aku mahu kamu •
esok. mereka terbang ke jakarta. huargh.. nak ikott. bukan rezeki aku kali ni. aku takleh kemana-mana. aku kena ada kat sini di sisi family aku. jadi aku terpaksa batalkan percutian kali ni. plus aku skrg dah ada cuti yg terhad. cis cis!! tadi, Aina & Joy dtg menyinggah. "seronok kau cite pasal excited nak ke sana... aku?.. kepingin" huhuhu. seronok bila bygkan mrk di mlm gala nanti. semua ala-ala 60's. kalau tiada hal begini. mungkin aku sudah ala-ala daphne dlm scooby doo. buat aku tersenyum je. korang. enjoy the party yeah!!!!

baju aku ala-ala cenggini. ntahla ni di panggil 60's ke tak. bantai je

• yus bkn sethn jagung lagi •
birthday yus. itu je kot. kami makan domino's instead of cake. yg cam common sgt. takut kami bosan dgn secret receipi yg terang-terang-takleh-nak-tipu-dan-tak-tahan-sedapnya. dan juga for neth sbg tok ketuai kami. "keje lek lok kat dresden nanti.." *tok ketuai. hahaha..
kami semua sihatkan? *lari dari kena bahan..

di kaburkan foto sbb dia bkn sthn jagung lagi. not available k

• mimpi di siang hari •
aku ada baju begini cuma aku tak de gaya begini. aku mau gaya ini. shoot aku pls. ngeh ngeh! erm. lemak oh lemak. di mana harus aku simpan kamu? apis kata. dia akan bantu aku kaburkan pandangan semua org. oh. photographer yg bagus. amin.

apis kata. mcm aku. ngee. sighh!!